#ASPIRASI

AHLI PARLIMEN SEDIA SALUR PERUNTUKAN UNTUK BANTU APM

KUALA LUMPUR: Cadangan supaya Ahli Parlimen menyalurkan sebahagian peruntukan kawasan bagi pembelian uniform anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) disambut baik kerana agensi itu berperanan penting dalam pengurusan bencana negara.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, berkata beliau sedia menyalurkan sebahagian peruntukan diterima kawasannya bagi membantu APM.

“Saya secara prinsipnya tiada masalah untuk membantu pihak APM menggunakan peruntukan saya selaku Ahli Parlimen, malah tahun lalu kami membelanjakan RM12,500 untuk bekalan bagi pentadbiran pejabat kepada APM Hulu Langat yang berpusat di kawasan Parlimen Bangi,” katanya, memetik laporan BH.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata, bermula tahun depan, Ahli Parlimen diminta memperuntukkan sebahagian daripada dana kawasan bagi pembelian uniform pasukan APM.

Bagaimanapun, Syahredzan berkata, Kerajaan Persekutuan juga perlu mencari jalan untuk memastikan peruntukan untuk unit keselamatan berkenaan mencukupi melalui peruntukan tahunan.

“Ini termasuk kelengkapan pejabat, aset untuk kerja di lapangan dan uniform untuk ahli dan sukarelawan.

“Ini bagi memastikan kesiapsiagaan APM tidak terganggu jika hanya bergantung kepada Ahli Parlimen untuk menyalurkan peruntukan,” katanya.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.buletintv3.my/nasional/ahli-parlimen-sedia-salur-peruntukan-untuk-bantu-apm/#

Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0tarVbqJxE6fZkCpxGSVWJRBe3GurWSXeMJgHbgJWQ9XVTsTXDNnb2XGBXsewnhxEl
#ASPIRASI AHLI PARLIMEN SEDIA SALUR PERUNTUKAN UNTUK BANTU APM KUALA LUMPUR: Cadangan supaya Ahli Parlimen menyalurkan sebahagian peruntukan kawasan bagi pembelian uniform anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) disambut baik kerana agensi itu berperanan penting dalam pengurusan bencana negara. Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, berkata beliau sedia menyalurkan sebahagian peruntukan diterima kawasannya bagi membantu APM. “Saya secara prinsipnya tiada masalah untuk membantu pihak APM menggunakan peruntukan saya selaku Ahli Parlimen, malah tahun lalu kami membelanjakan RM12,500 untuk bekalan bagi pentadbiran pejabat kepada APM Hulu Langat yang berpusat di kawasan Parlimen Bangi,” katanya, memetik laporan BH. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata, bermula tahun depan, Ahli Parlimen diminta memperuntukkan sebahagian daripada dana kawasan bagi pembelian uniform pasukan APM. Bagaimanapun, Syahredzan berkata, Kerajaan Persekutuan juga perlu mencari jalan untuk memastikan peruntukan untuk unit keselamatan berkenaan mencukupi melalui peruntukan tahunan. “Ini termasuk kelengkapan pejabat, aset untuk kerja di lapangan dan uniform untuk ahli dan sukarelawan. “Ini bagi memastikan kesiapsiagaan APM tidak terganggu jika hanya bergantung kepada Ahli Parlimen untuk menyalurkan peruntukan,” katanya. Berita selanjutnya di sini: https://www.buletintv3.my/nasional/ahli-parlimen-sedia-salur-peruntukan-untuk-bantu-apm/# Dipetik daripada akhbar: Buletin TV3 Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0tarVbqJxE6fZkCpxGSVWJRBe3GurWSXeMJgHbgJWQ9XVTsTXDNnb2XGBXsewnhxEl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews