#ASPIRASI

LATIHAN SELAM SCUBA TINGKAT KECEKAPAN ANGGOTA APM KUDAT

KUDAT: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kudat menjalani latihan kemahiran selam scuba (open water diving) di perairan Tanjung Simpang Mengayau bagi memperkukuh keupayaan dalam operasi berkaitan air.

Jurucakap APM Daerah Kudat dalam satu perkongisan memaklumkan latihan itu memberi pendedahan kepada teknik asas selaman termasuk penggunaan peralatan, kawalan pernafasan, komunikasi di dalam air serta langkah keselamatan ketika menyelam.

“Pendekatan latihan dijalankan secara berperingkat bagi memastikan setiap anggota memahami prosedur selam scuba dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

“Kemahiran selam scuba dilihat sebagai satu kelebihan penting khususnya kepada anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta bantuan kecemasan,” katanya.

Katanya, penguasaan teknik itu membolehkan anggota melaksanakan tugas seperti mencari mangsa di dalam air, memeriksa kawasan dasar laut serta membantu dalam situasi kecemasan termasuk kes lemas dan bot karam.

“Selain aspek teknikal, latihan berkenaan turut menyumbang kepada peningkatan keyakinan diri, ketahanan mental serta disiplin anggota ketika berdepan situasi mencabar.

“Inisiatif itu selari dengan usaha berterusan APM dalam memperkukuh kesiapsiagaan anggota bagi menghadapi pelbagai kemungkinan bencana terutama melibatkan perairan,” katanya

Berita selanjutnya di sini:
https://www.utusanborneo.com.my/2026/04/07/latihan-selam-scuba-tingkat-kecekapan-anggota-apm-kudat

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Borneo Online

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
APM UNIT KUDAT

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid027Vhz4HtUDhTjPFAPRVvdHrXBR7bHy7aK3VgLkeQRGXPG6yfy745xj1Axwqvc3G3yl
#ASPIRASI LATIHAN SELAM SCUBA TINGKAT KECEKAPAN ANGGOTA APM KUDAT KUDAT: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kudat menjalani latihan kemahiran selam scuba (open water diving) di perairan Tanjung Simpang Mengayau bagi memperkukuh keupayaan dalam operasi berkaitan air. Jurucakap APM Daerah Kudat dalam satu perkongisan memaklumkan latihan itu memberi pendedahan kepada teknik asas selaman termasuk penggunaan peralatan, kawalan pernafasan, komunikasi di dalam air serta langkah keselamatan ketika menyelam. “Pendekatan latihan dijalankan secara berperingkat bagi memastikan setiap anggota memahami prosedur selam scuba dengan lebih menyeluruh dan berkesan. “Kemahiran selam scuba dilihat sebagai satu kelebihan penting khususnya kepada anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta bantuan kecemasan,” katanya. Katanya, penguasaan teknik itu membolehkan anggota melaksanakan tugas seperti mencari mangsa di dalam air, memeriksa kawasan dasar laut serta membantu dalam situasi kecemasan termasuk kes lemas dan bot karam. “Selain aspek teknikal, latihan berkenaan turut menyumbang kepada peningkatan keyakinan diri, ketahanan mental serta disiplin anggota ketika berdepan situasi mencabar. “Inisiatif itu selari dengan usaha berterusan APM dalam memperkukuh kesiapsiagaan anggota bagi menghadapi pelbagai kemungkinan bencana terutama melibatkan perairan,” katanya Berita selanjutnya di sini: https://www.utusanborneo.com.my/2026/04/07/latihan-selam-scuba-tingkat-kecekapan-anggota-apm-kudat Dipetik daripada akhbar: Utusan Borneo Online Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah APM UNIT KUDAT #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid027Vhz4HtUDhTjPFAPRVvdHrXBR7bHy7aK3VgLkeQRGXPG6yfy745xj1Axwqvc3G3yl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews