#KEPIMPINAN

LAWATAN KERJA RASMI YAS TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI) APM BAGI PENYERAHAN BANTUAN TABUNG AMANAH PERWIRA DAN PERTAHANAN NEGARA (TAPPN)

Selasa, 07 April 2026 - Sekitar sesi lawatan kerja rasmi YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Kemaman, Terengganu.

Dalam lawatan tersebut, Bantuan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) berjumlah RM1,000 telah diserahkan kepada Pbt. (PA) Nur Alia Natasha binti Zakaria, Anggota APM Daerah Kemaman yang tercedera akibat sengatan tebuan di bahagian muka semasa melaksanakan Operasi Memusnah Sarang Serangga (MSS) pada 12 Julai 2025 yang lalu dan menerima rawatan di Hospital Besar Kemaman.

Selain itu, YAS Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM turut sempat mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat APM Daerah Kemaman bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota dan aset, seterusnya memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap optimum dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan, di samping memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga APM.

Turut hadir, YS Lt. Kol. (PA) Mohd Zul Khairi bin Shamsuddin, Pengarah APM Negeri Terengganu bersama Mej. (PA) Mohd Hafiz bin Asikin, Timbalan Pengarah APM Negeri Terengganu, Kapt. (PA) Mohd Suhaimi bin Awang @ Muhammad, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Kemaman serta Pegawai dan Anggota APM Daerah Kemaman.

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Terengganu
APM Kemaman

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Y5Z7xKi11X5m6Qm3UPqu4RJ8R6wudUNZN89BAsshaSbMYNhHwUyTLgBr8n8VrmW9l
#KEPIMPINAN LAWATAN KERJA RASMI YAS TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI) APM BAGI PENYERAHAN BANTUAN TABUNG AMANAH PERWIRA DAN PERTAHANAN NEGARA (TAPPN) Selasa, 07 April 2026 - Sekitar sesi lawatan kerja rasmi YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Kemaman, Terengganu. Dalam lawatan tersebut, Bantuan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) berjumlah RM1,000 telah diserahkan kepada Pbt. (PA) Nur Alia Natasha binti Zakaria, Anggota APM Daerah Kemaman yang tercedera akibat sengatan tebuan di bahagian muka semasa melaksanakan Operasi Memusnah Sarang Serangga (MSS) pada 12 Julai 2025 yang lalu dan menerima rawatan di Hospital Besar Kemaman. Selain itu, YAS Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM turut sempat mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat APM Daerah Kemaman bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota dan aset, seterusnya memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap optimum dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan, di samping memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga APM. Turut hadir, YS Lt. Kol. (PA) Mohd Zul Khairi bin Shamsuddin, Pengarah APM Negeri Terengganu bersama Mej. (PA) Mohd Hafiz bin Asikin, Timbalan Pengarah APM Negeri Terengganu, Kapt. (PA) Mohd Suhaimi bin Awang @ Muhammad, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Kemaman serta Pegawai dan Anggota APM Daerah Kemaman. Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Terengganu APM Kemaman #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Y5Z7xKi11X5m6Qm3UPqu4RJ8R6wudUNZN89BAsshaSbMYNhHwUyTLgBr8n8VrmW9l
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews