#KEPRIHATINAN

PERDANA MENTERI BANTU MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG GUDON, SABAH

KOTA KINABALU: Sepuluh ketua isi rumah terlibat kebakaran di Kampung Gudon, Menggatal dekat sini baru-baru ini, menerima bantuan berupa barangan dapur dan wang tunai daripada Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud hari ini.

Mustapha berkata sumbangan itu tanda keprihatinan Perdana Menteri untuk meringankan beban mangsa terlibat.

“Hari ini, saya dan pegawai daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) mewakili Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran dan Perdana Menteri turut menyampaikan salam takziah kepada semua yang terlibat,” katanya.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata pihaknya akan terus memantau situasi semasa untuk memastikan semua mangsa terlibat dibantu sebaik mungkin.

“Kita akan lihat apa lagi boleh dibantu, dalam fasa pembersihan sehingga mereka membina semula rumah. Kita juga akan mendapatkan laporan untuk menyelaraskan bantuan serta memohon rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada mangsa yang layak,” katanya.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perdana-menteri-bantu-mangsa-kebakaran-di-kampung-gudon-sabah

Dipetik daripada akhbar:
Astro AWANI

Anwar Ibrahim
Mustapha Sakmud
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0SMEFYpwyR1t53khQnLBNqK9csPE8CrnZgrhCmFhCv3XHWMWTgzySEuLqRrSfWxYPl
#KEPRIHATINAN PERDANA MENTERI BANTU MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG GUDON, SABAH KOTA KINABALU: Sepuluh ketua isi rumah terlibat kebakaran di Kampung Gudon, Menggatal dekat sini baru-baru ini, menerima bantuan berupa barangan dapur dan wang tunai daripada Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bantuan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud hari ini. Mustapha berkata sumbangan itu tanda keprihatinan Perdana Menteri untuk meringankan beban mangsa terlibat. “Hari ini, saya dan pegawai daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) mewakili Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran dan Perdana Menteri turut menyampaikan salam takziah kepada semua yang terlibat,” katanya. Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata pihaknya akan terus memantau situasi semasa untuk memastikan semua mangsa terlibat dibantu sebaik mungkin. “Kita akan lihat apa lagi boleh dibantu, dalam fasa pembersihan sehingga mereka membina semula rumah. Kita juga akan mendapatkan laporan untuk menyelaraskan bantuan serta memohon rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada mangsa yang layak,” katanya. Berita selanjutnya di sini: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perdana-menteri-bantu-mangsa-kebakaran-di-kampung-gudon-sabah Dipetik daripada akhbar: Astro AWANI Anwar Ibrahim Mustapha Sakmud Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0SMEFYpwyR1t53khQnLBNqK9csPE8CrnZgrhCmFhCv3XHWMWTgzySEuLqRrSfWxYPl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews