#BILIKGERAKAN

BUAYA TEMBAGA 200KG ‘TUMPAS’ SELEPAS OPERASI HAMPIR 11 JAM

TAWAU: Seekor buaya tembaga seberat kira-kira 200 kilogram berjaya ditangkap selepas operasi hampir 11 jam di kawasan kolam penternakan Asia Aquaculture, Jalan Wakuba, di sini, hari ini.

Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tawau, Lt. M. (PA) Muhammad Anuar Wong Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

Katanya, kehadiran reptilia ganas sepanjang 10 kaki 6 inci itu disedari pelajar praktikal yang menjalankan pemeriksaan di sekitar kolam penternakan udang.

“Seramai dua pegawai dan lima anggota APM dikejarkan ke lokasi sebelum bekerjasama dengan tiga pegawai Jabatan Hidupan Liar yang tiba kemudian.

“Bagi memudahkan operasi, pihak pengurusan kolam mengambil tindakan mengeringkan air kolam yang mengambil masa beberapa jam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.utusanborneo.com.my/2026/03/31/buaya-tembaga-200kg-tumpas-selepas-operasi-hampir-11-jam

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Borneo Online

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
APM Tawau

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02HrUNJQKo1yT6oC1BF2LQki2GQjiQEwBtCXZkTLPedGsPvpZ5gq4eYY7hDXutSR9Dl
#BILIKGERAKAN BUAYA TEMBAGA 200KG ‘TUMPAS’ SELEPAS OPERASI HAMPIR 11 JAM TAWAU: Seekor buaya tembaga seberat kira-kira 200 kilogram berjaya ditangkap selepas operasi hampir 11 jam di kawasan kolam penternakan Asia Aquaculture, Jalan Wakuba, di sini, hari ini. Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tawau, Lt. M. (PA) Muhammad Anuar Wong Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi. Katanya, kehadiran reptilia ganas sepanjang 10 kaki 6 inci itu disedari pelajar praktikal yang menjalankan pemeriksaan di sekitar kolam penternakan udang. “Seramai dua pegawai dan lima anggota APM dikejarkan ke lokasi sebelum bekerjasama dengan tiga pegawai Jabatan Hidupan Liar yang tiba kemudian. “Bagi memudahkan operasi, pihak pengurusan kolam mengambil tindakan mengeringkan air kolam yang mengambil masa beberapa jam,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Berita selanjutnya di sini: https://www.utusanborneo.com.my/2026/03/31/buaya-tembaga-200kg-tumpas-selepas-operasi-hampir-11-jam Dipetik daripada akhbar: Utusan Borneo Online Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah APM Tawau #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02HrUNJQKo1yT6oC1BF2LQki2GQjiQEwBtCXZkTLPedGsPvpZ5gq4eYY7hDXutSR9Dl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews