#ASPIRASI

APM DISERU PERGIAT ADVOKASI CEGAH KEBAKARAN

DALAT: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diseru mempergiat usaha advokasi kepada masyarakat bagi mencegah kebakaran, susulan keadaan cuaca panas dan kering yang dijangka berlarutan sehingga Jun tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, keadaan persekitaran seperti rumput kering berisiko mencetuskan kebakaran jika tidak dipantau.

“Dalam cuaca ekstrem begini, tindakan sekecil itu boleh membawa bencana besar. Ibu bapa juga perlu memantau anak-anak agar tidak bermain api di kawasan terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dalat 2025 hari ini.

“Walaupun sumbangan itu mungkin nampak kecil, ia adalah simbol pengiktirafan rakyat terhadap keberadaan anda semua yang bertugas ketika orang lain sedang menyambut perayaan,” ujarnya.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa majlis apresiasi seperti itu bukan sahaja bertujuan mengiktiraf kecemerlangan anggota, malah berperanan mengukuhkan hubungan antara agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan komuniti setempat.

Turut hadir Pegawai Pertahanan Awam Daerah Dalat, Leftenan (PA) Mohamad Azhar Ali, bekas Pegawai Pertahanan Awam Daerah Dalat dan wakil Pegawai Daerah Dalat Rosiah Moris.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.utusanborneo.com.my/2026/03/29/apm-diseru-pergiat-advokasi-cegah-kebakaran

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Borneo Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Dalat

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid023yGPSu2NK1rqNVz7s53MKdaDNfZFvtiv2wdY2CigDdokDcmeFbY5Ne7XBXWvcJ74l
#ASPIRASI APM DISERU PERGIAT ADVOKASI CEGAH KEBAKARAN DALAT: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diseru mempergiat usaha advokasi kepada masyarakat bagi mencegah kebakaran, susulan keadaan cuaca panas dan kering yang dijangka berlarutan sehingga Jun tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, keadaan persekitaran seperti rumput kering berisiko mencetuskan kebakaran jika tidak dipantau. “Dalam cuaca ekstrem begini, tindakan sekecil itu boleh membawa bencana besar. Ibu bapa juga perlu memantau anak-anak agar tidak bermain api di kawasan terbuka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dalat 2025 hari ini. “Walaupun sumbangan itu mungkin nampak kecil, ia adalah simbol pengiktirafan rakyat terhadap keberadaan anda semua yang bertugas ketika orang lain sedang menyambut perayaan,” ujarnya. Selain itu, beliau menegaskan bahawa majlis apresiasi seperti itu bukan sahaja bertujuan mengiktiraf kecemerlangan anggota, malah berperanan mengukuhkan hubungan antara agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan komuniti setempat. Turut hadir Pegawai Pertahanan Awam Daerah Dalat, Leftenan (PA) Mohamad Azhar Ali, bekas Pegawai Pertahanan Awam Daerah Dalat dan wakil Pegawai Daerah Dalat Rosiah Moris. Berita selanjutnya di sini: https://www.utusanborneo.com.my/2026/03/29/apm-diseru-pergiat-advokasi-cegah-kebakaran Dipetik daripada akhbar: Utusan Borneo Online Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Dalat #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid023yGPSu2NK1rqNVz7s53MKdaDNfZFvtiv2wdY2CigDdokDcmeFbY5Ne7XBXWvcJ74l
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews