#ASPIRASI
AHLI PARLIMEN DIMINTA SEDIAKAN PERUNTUKAN UNIFORM APM MULAI TAHUN DEPAN -AHMAD ZAHID
SHAH ALAM: Bermula tahun hadapan, ahli-ahli Parlimen akan diminta memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan mereka bagi pembelian uniform pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan masing-masing.
Bermula tahun hadapan, ahli Parlimen akan diminta memperuntukkan sebahagian dana mereka untuk pembelian uniform APM di kawasan masing-masing bagi memperkasa pasukan tersebut.
Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pertahanan awam sebagai lapisan kedua pertahanan negara dan menggalakkan penyertaan petugas kementerian dalam APM.
Seramai 918 pelajar ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam dalam Majlis Pentauliahan Kor SISPA Kebangsaan Ke-16 di UiTM, disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu bertujuan memperkasa pasukan beruniform serta menggalakkan lebih ramai anggota.
"Semua petugas di kementerian juga digalakkan menyertai APM," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Turut hadir ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed.
Pada majlis itu, seramai 24 pegawai mewakili Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing menerima Anugerah Pegawai Kadet SISPA Terbaik, manakala satu anugerah khas iaitu Piala Ketua Pesuruhjaya Perdana (Best Among The Best) turut disampaikan. Seramai 918 pelajar ditauliahkan berpangkat Leftenan Muda (Pertahanan Awam).
Ahmad Zahid menegaskan pertahanan awam merupakan lapisan kedua dalam pertahanan negara selepas tentera dan polis. Latihan yang dijalankan akan menguatkan semangat, menekankan disiplin serta meningkatkan ketahanan diri anggota.-- BERNAMA
Berita selanjutnya di sini:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahli-parlimen-diminta-sediakan-peruntukan-uniform-apm-mulai-tahun-depan-ahmad-zahid-534466
Dipetik daripada akhbar:
Astro AWANI
Jabatan Perdana Menteri
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid035iwUobRV2irWcJLmMb6p3LDNtrD2uZZhhBHuKXh1WEHH2kDmhBuagTbwMqkNzLH5l