#ASPIRASI

100 SRIKANDI APM TERENGGANU MAHIR KENDALI HAIWAN BERBISA

Kuala Nerus: Bagi kebanyakan individu, kelibat ular cukup untuk mencetuskan rasa gerun, namun untuk srikandi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu, reptilia berbisa itu sebahagian daripada tugasan dalam menjaga keselamatan masyarakat.

Sepanjang 16 tahun berkhidmat, Leftenan Muda (PA) Farah Nadia Abdullah telah mengendalikan lebih 700 tangkapan pelbagai spesies ular termasuk yang sangat berbisa dan berbahaya seperti tedung selar, tedung senduk serta ular sawa batik.

Wanita 38 tahun yang bertugas di APM Daerah Kuala Nerus berkata selain keberanian, kemahiran memahami pergerakan dan tingkah laku reptilia itu kunci utama dalam memastikan setiap operasi berjalan lancar tanpa kecederaan kepada anggota mahupun orang awam.

"Saya belajar daripada seorang rakan yang mahir menangkap ular mengenai cara memahami tingkah laku dan menjinakkan ular. Apabila menerima panggilan kecemasan, saya akan bertanya sama ada ular pernah dipukul kerana ia akan lebih agresif.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) APM Terengganu Mejar (PA) Mohd Hafiz Asikin berkata terdapat 100 anggota wanita di negeri itu dengan hampir semua mempunyai kemahiran mengendalikan haiwan berbisa.

Beliau berkata semua anggota baharu APM perlu mengikuti pelbagai kursus termasuk kursus asas dan pengendalian haiwan berbisa sama ada di pusat latihan negeri atau ibu pejabat APM.

"Melalui pendekatan ini, anggota baharu didedahkan kepada aspek pemerhatian pada peringkat awal sebelum diberi kepercayaan mengendalikan operasi berdasarkan pengalaman dan kecekapan," katanya.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/03/1337738/100-srikandi-apm-terengganu-mahir-kendali-haiwan-berbisa

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Terengganu

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid024n1Sish1VVWf8v4Rjhv7YbsCThn4iKAupw48ZLu1m2mr8SHF1mS4ptLaHYT87LpKl
#ASPIRASI 100 SRIKANDI APM TERENGGANU MAHIR KENDALI HAIWAN BERBISA Kuala Nerus: Bagi kebanyakan individu, kelibat ular cukup untuk mencetuskan rasa gerun, namun untuk srikandi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu, reptilia berbisa itu sebahagian daripada tugasan dalam menjaga keselamatan masyarakat. Sepanjang 16 tahun berkhidmat, Leftenan Muda (PA) Farah Nadia Abdullah telah mengendalikan lebih 700 tangkapan pelbagai spesies ular termasuk yang sangat berbisa dan berbahaya seperti tedung selar, tedung senduk serta ular sawa batik. Wanita 38 tahun yang bertugas di APM Daerah Kuala Nerus berkata selain keberanian, kemahiran memahami pergerakan dan tingkah laku reptilia itu kunci utama dalam memastikan setiap operasi berjalan lancar tanpa kecederaan kepada anggota mahupun orang awam. "Saya belajar daripada seorang rakan yang mahir menangkap ular mengenai cara memahami tingkah laku dan menjinakkan ular. Apabila menerima panggilan kecemasan, saya akan bertanya sama ada ular pernah dipukul kerana ia akan lebih agresif. Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) APM Terengganu Mejar (PA) Mohd Hafiz Asikin berkata terdapat 100 anggota wanita di negeri itu dengan hampir semua mempunyai kemahiran mengendalikan haiwan berbisa. Beliau berkata semua anggota baharu APM perlu mengikuti pelbagai kursus termasuk kursus asas dan pengendalian haiwan berbisa sama ada di pusat latihan negeri atau ibu pejabat APM. "Melalui pendekatan ini, anggota baharu didedahkan kepada aspek pemerhatian pada peringkat awal sebelum diberi kepercayaan mengendalikan operasi berdasarkan pengalaman dan kecekapan," katanya. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/03/1337738/100-srikandi-apm-terengganu-mahir-kendali-haiwan-berbisa Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Terengganu #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid024n1Sish1VVWf8v4Rjhv7YbsCThn4iKAupw48ZLu1m2mr8SHF1mS4ptLaHYT87LpKl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews