#KEPIMPINAN

SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-219 TAHUN 2026

Rabu, 25 Mac 2026 - Sekitar majlis yang telah dihadiri oleh YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur pada petang tadi.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. Dalam pada itu, turut diadakan Majlis Peluncuran Buku MESRA PDRM (Modul Kesedaran Jenayah Kanak-kanak dan Remaja).

Untuk makluman, sambutan ini menjadi platform yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam memperingati Hari Polis serta memperlihatkan peranan berterusan pasukan keselamatan negara dalam memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.

Hari Polis dengan slogan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" disambut pada setiap 25 Mac bagi menghargai jasa, pengorbanan dan dedikasi warga PDRM dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam negara.

Turut hadir, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri serta Barisan Kepimpinan Tertinggi Negara dan Wakil Pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat.

Jabatan Perdana Menteri
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02nSVz3JiBXMoZEYsoKQt9JfzbRwPh735mkSexVLR5k7gokSxS5k11XoYKAfUox2zpl
#KEPIMPINAN SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-219 TAHUN 2026 Rabu, 25 Mac 2026 - Sekitar majlis yang telah dihadiri oleh YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur pada petang tadi. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. Dalam pada itu, turut diadakan Majlis Peluncuran Buku MESRA PDRM (Modul Kesedaran Jenayah Kanak-kanak dan Remaja). Untuk makluman, sambutan ini menjadi platform yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam memperingati Hari Polis serta memperlihatkan peranan berterusan pasukan keselamatan negara dalam memastikan ketenteraman awam terus terpelihara. Hari Polis dengan slogan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" disambut pada setiap 25 Mac bagi menghargai jasa, pengorbanan dan dedikasi warga PDRM dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam negara. Turut hadir, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri serta Barisan Kepimpinan Tertinggi Negara dan Wakil Pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat. Jabatan Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02nSVz3JiBXMoZEYsoKQt9JfzbRwPh735mkSexVLR5k7gokSxS5k11XoYKAfUox2zpl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews