#BILIKGERAKAN

OP PRIHATIN : LEBIH 500 ANGGOTA APM DITUGASKAN DI ZON TIMUR

GUA MUSANG, 17 Mac – Lebih 500 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditugaskan di Zon Timur melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi melaksanakan rondaan sepanjang tempoh Op Prihatin untuk membantu serta memberi bantuan kecemasan kepada orang ramai pada perayaan Aidilfitri.

Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi APM, Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata, daripada jumlah tersebut seramai 360 anggota APM digerakkan setiap hari di seluruh Zon Timur bermula 19 hingga 29 Mac bagi memastikan operasi berjalan lancar dan berkesan.

Sepanjang operasi itu petugas APM akan melaksanakan rondaan di jalan Persekutuan dan jalan negeri dan memberi tumpuan di lokasi tumpuan orang ramai serta kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah, pusat penginapan, rumah ibadah, pusat rekreasi serta kawasan pelancongan.

“Zon timur ni terbahagi kepada tiga negeri ni hampir 550 anggota kami yang terdiri dari orang tempatan. Jadi dekat sini kelebihan apm kita orang tempatan dan mereka berada di tempat sendiri mereka tahu tempat mereka jadi kita aturkan di kawasan mereka dah tahu perkara tidak diingini boleh berlaku. Kita cuba berada di tempat tersebut untuk kita respon awal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Op Prihatin APM Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Zon Timur di Hentian Gua Musang, di sini.

Berita selanjutnya di sini:
https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/op-prihatin-lebih-500-anggota-apm-ditugaskan-di-zon-timur/

Dipetik daripada akhbar:
Berita RTM

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan
APM Negeri Terengganu
APM Pahang

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0byjHDGfR6ZrXJsdSrAVUemKsGBW3H7bVbGDsjPKWtdad8G7qtZYP42S4N8sVyGE7l
#BILIKGERAKAN OP PRIHATIN : LEBIH 500 ANGGOTA APM DITUGASKAN DI ZON TIMUR GUA MUSANG, 17 Mac – Lebih 500 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditugaskan di Zon Timur melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi melaksanakan rondaan sepanjang tempoh Op Prihatin untuk membantu serta memberi bantuan kecemasan kepada orang ramai pada perayaan Aidilfitri. Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi APM, Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata, daripada jumlah tersebut seramai 360 anggota APM digerakkan setiap hari di seluruh Zon Timur bermula 19 hingga 29 Mac bagi memastikan operasi berjalan lancar dan berkesan. Sepanjang operasi itu petugas APM akan melaksanakan rondaan di jalan Persekutuan dan jalan negeri dan memberi tumpuan di lokasi tumpuan orang ramai serta kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah, pusat penginapan, rumah ibadah, pusat rekreasi serta kawasan pelancongan. “Zon timur ni terbahagi kepada tiga negeri ni hampir 550 anggota kami yang terdiri dari orang tempatan. Jadi dekat sini kelebihan apm kita orang tempatan dan mereka berada di tempat sendiri mereka tahu tempat mereka jadi kita aturkan di kawasan mereka dah tahu perkara tidak diingini boleh berlaku. Kita cuba berada di tempat tersebut untuk kita respon awal,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Op Prihatin APM Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Zon Timur di Hentian Gua Musang, di sini. Berita selanjutnya di sini: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/op-prihatin-lebih-500-anggota-apm-ditugaskan-di-zon-timur/ Dipetik daripada akhbar: Berita RTM Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan APM Negeri Terengganu APM Pahang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0byjHDGfR6ZrXJsdSrAVUemKsGBW3H7bVbGDsjPKWtdad8G7qtZYP42S4N8sVyGE7l
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews