#ASPIRASI

AHLI PARLIMEN DIGALAK SERTAI APM TAHUN DEPAN

SHAH ALAM – Semua Ahli Parlimen digalakkan menyertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan masing-masing mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ahli Parlimen juga diminta memperuntukkan sebahagian kecil daripada peruntukan diterima mereka bagi pembelian baju beruniform APM.

“Untuk semua kementerian kita telah galakkan penyertaan mereka dan begitu juga semua ahli Parlimen (dalam pasukan beruniform).

“Mulai tahun depan, kita akan meminta Ahli Parlimen memperuntukkan sebahagian kecil daripada peruntukan diberikan bagi pembelian uniform untuk pasukan Pertahanan Awam di kawasan Parlimen masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Pada majlis ini, seramai 918 pelajar ditauliahkan berpangkat Leftenan Muda (Pertahanan Awam) selain penyampaian Anugerah Pegawai Kadet SISPA Terbaik kepada 24 orang pegawai setiap kontijen mewakili institusi pengajian tinggi masing-masing dan satu anugerah khas iaitu Piala Ketua Pesuruhjaya Perdana.

Dalam perkembangan sama, penyertaan mahasiswa dan mahasiswi dalam pasukan beruniform adalah satu galakan daripada kurikulum universiti.

Tambahan, katanya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merupakan lapisan yang kedua dalam Pertahanan negara selain Tentera dan polis.

“Maka latihan dilakukan itu bagi memperkuatkan jiwa dan meletakkan displin sebagai bahan keutamaan dan ketahanan diri.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.kosmo.com.my/2025/08/16/ahli-parlimen-digalak-sertai-apm-tahun-depan/

Dipetik daripada akhbar:
Kosmo Online

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02wtBvoghwJR1ZZehR1grYJcRqRcUZY3PiMHEEygqJgqhiRwASsgHJKUx8yLjJbfpml
#ASPIRASI AHLI PARLIMEN DIGALAK SERTAI APM TAHUN DEPAN SHAH ALAM – Semua Ahli Parlimen digalakkan menyertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan masing-masing mulai tahun depan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ahli Parlimen juga diminta memperuntukkan sebahagian kecil daripada peruntukan diterima mereka bagi pembelian baju beruniform APM. “Untuk semua kementerian kita telah galakkan penyertaan mereka dan begitu juga semua ahli Parlimen (dalam pasukan beruniform). “Mulai tahun depan, kita akan meminta Ahli Parlimen memperuntukkan sebahagian kecil daripada peruntukan diberikan bagi pembelian uniform untuk pasukan Pertahanan Awam di kawasan Parlimen masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini. Terdahulu beliau menghadiri majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Pada majlis ini, seramai 918 pelajar ditauliahkan berpangkat Leftenan Muda (Pertahanan Awam) selain penyampaian Anugerah Pegawai Kadet SISPA Terbaik kepada 24 orang pegawai setiap kontijen mewakili institusi pengajian tinggi masing-masing dan satu anugerah khas iaitu Piala Ketua Pesuruhjaya Perdana. Dalam perkembangan sama, penyertaan mahasiswa dan mahasiswi dalam pasukan beruniform adalah satu galakan daripada kurikulum universiti. Tambahan, katanya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merupakan lapisan yang kedua dalam Pertahanan negara selain Tentera dan polis. “Maka latihan dilakukan itu bagi memperkuatkan jiwa dan meletakkan displin sebagai bahan keutamaan dan ketahanan diri. Berita selanjutnya di sini: https://www.kosmo.com.my/2025/08/16/ahli-parlimen-digalak-sertai-apm-tahun-depan/ Dipetik daripada akhbar: Kosmo Online Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02wtBvoghwJR1ZZehR1grYJcRqRcUZY3PiMHEEygqJgqhiRwASsgHJKUx8yLjJbfpml
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews