#ASPIRASI

276 PEGAWAI, ANGGOTA APM TERBABIT OP PRIHATIN ZON SELATAN

AYER KEROH, 17 Mac- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Zon Selatan menggerakkan 276 pegawai dan anggota bagi rondaan di jalan raya persekutuan dan negeri sempena Aidilfitri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Ghazali Abd Rahman berkata insiatif menerusi Op Prihatin itu melibatkan tiga pejabat negeri iaitu Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan 23 pejabat daerah.

Jelas beliau, menerusi operasi berkenaan, anggota APM akan melakukan rondaan selama 16 jam di sekitar jalan raya bagi memastikan pergerakan trafik berjalan lancar susulan jangkaan peningkatan pergerakan perantau.

“Operasi dijalankan mengikut dua syif – 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

“Terdapat juga tempoh rondaan tertentu sebelum Aidilfitri, manakala pada dua hari pertama perayaan, operasi akan dihentikan dan disambung semula selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Op Prihatin Zon Selatan sempena Aidilfitri 2026 di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (Lebuh SPA) di sini hari ini.

Op Prihatin itu berlangsung dari 19 hingga 25 Mac.

Berita selanjutnya di sini:
https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/276-pegawai-anggota-apm-terbabit-op-prihatin-zon-selatan/

Dipetik daripada akhbar:
Berita RTM

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid03cjePFg13k4wGBhWcbaFKQMBFaHaZTR7DFm7seAb83YQJVpxsN8nGqnfswLfQEoSl
#ASPIRASI 276 PEGAWAI, ANGGOTA APM TERBABIT OP PRIHATIN ZON SELATAN AYER KEROH, 17 Mac- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Zon Selatan menggerakkan 276 pegawai dan anggota bagi rondaan di jalan raya persekutuan dan negeri sempena Aidilfitri. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Ghazali Abd Rahman berkata insiatif menerusi Op Prihatin itu melibatkan tiga pejabat negeri iaitu Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan 23 pejabat daerah. Jelas beliau, menerusi operasi berkenaan, anggota APM akan melakukan rondaan selama 16 jam di sekitar jalan raya bagi memastikan pergerakan trafik berjalan lancar susulan jangkaan peningkatan pergerakan perantau. “Operasi dijalankan mengikut dua syif – 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam. “Terdapat juga tempoh rondaan tertentu sebelum Aidilfitri, manakala pada dua hari pertama perayaan, operasi akan dihentikan dan disambung semula selepas itu,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Op Prihatin Zon Selatan sempena Aidilfitri 2026 di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (Lebuh SPA) di sini hari ini. Op Prihatin itu berlangsung dari 19 hingga 25 Mac. Berita selanjutnya di sini: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/276-pegawai-anggota-apm-terbabit-op-prihatin-zon-selatan/ Dipetik daripada akhbar: Berita RTM Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid03cjePFg13k4wGBhWcbaFKQMBFaHaZTR7DFm7seAb83YQJVpxsN8nGqnfswLfQEoSl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews