#KEPIMPINAN

MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KECIL APM TAHUN 2026

Isnin, 16 Mac 2026 - Sekitar sesi mesyuarat yang telah disempurnakan oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Auditorium Tun Teja, Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada petang tadi.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu rasmi PUSPANITA dan tayangan video montaj aktiviti dan program yang telah dijalankan.

Majlis diteruskan pula dengan sesi ucapan kata aluan daripada YBrs. Puan Laili binti Zulkarnain, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (PCK APM) dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh YAS Ketua Pesuruhjaya APM selaku Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil APM.

Majlis diteruskan dengan sesi perbincangan mesyuarat mengenai Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PUSPANITA, pencalonan Ahli Jawatankuasa PCK APM yang baharu, penyampaian cenderahati dan sesi cabutan bertuah.

Turut hadir, YBrs. Pn. Nor’aza binti Ali, Timbalan Pengerusi 1 PCK APM bersama YBrs. Datin Rosyidah binti Muhalim, Timbalan Pengerusi 2 PCK APM, Ahli Jawatankuasa PCK APM tahun 2024-2026 serta Pegawai- pegawai Wanita (Tetap, COS dan MyASPA) dan Suri Pegawai Tetap di Ibu Pejabat Pertahanan Awam.

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
*

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/reel/730230606840215/
#KEPIMPINAN MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KECIL APM TAHUN 2026 Isnin, 16 Mac 2026 - Sekitar sesi mesyuarat yang telah disempurnakan oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Auditorium Tun Teja, Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada petang tadi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu rasmi PUSPANITA dan tayangan video montaj aktiviti dan program yang telah dijalankan. Majlis diteruskan pula dengan sesi ucapan kata aluan daripada YBrs. Puan Laili binti Zulkarnain, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (PCK APM) dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh YAS Ketua Pesuruhjaya APM selaku Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil APM. Majlis diteruskan dengan sesi perbincangan mesyuarat mengenai Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PUSPANITA, pencalonan Ahli Jawatankuasa PCK APM yang baharu, penyampaian cenderahati dan sesi cabutan bertuah. Turut hadir, YBrs. Pn. Nor’aza binti Ali, Timbalan Pengerusi 1 PCK APM bersama YBrs. Datin Rosyidah binti Muhalim, Timbalan Pengerusi 2 PCK APM, Ahli Jawatankuasa PCK APM tahun 2024-2026 serta Pegawai- pegawai Wanita (Tetap, COS dan MyASPA) dan Suri Pegawai Tetap di Ibu Pejabat Pertahanan Awam. Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI * --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/reel/730230606840215/
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews