#BILIKGERAKAN

BANJIR PULIH, DUA PPS DI KUCHING DITUTUP

KUCHING: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka susulan kejadian banjir di daerah ini ditutup sepenuhnya pada jam 12 tengah hari tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kemaskini laporan bencana memaklumkan, keputusan penutupan itu dibuat selepas keadaan banjir semakin pulih dan jumlah mangsa yang dipindahkan menunjukkan trend menurun.

Menurut laporan itu, PPS Dewan R-Piang yang dibuka semalam menempatkan seramai 116 mangsa daripada 24 Ketua Isi Rumah (KIR).

PPS Dewan Masyarakat Stapok yang dibuka pada tarikh sama merekodkan seramai 224 mangsa daripada 66 KIR, namun jumlah mangsa di pusat berkenaan dilaporkan semakin berkurangan.

Antara agensi terlibat ialah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Berita selanjutnya di sini:
https://www.utusanborneo.com.my/2026/03/11/banjir-pulih-dua-pps-di-kuching-ditutup

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Borneo Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Kuching

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0gJ9ZyzGdrAPS1rw2G9psxKCPfdEVkpqgp5mGhnaV5VXTr1VrWBk94hoRBY3q86Wvl
#BILIKGERAKAN BANJIR PULIH, DUA PPS DI KUCHING DITUTUP KUCHING: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka susulan kejadian banjir di daerah ini ditutup sepenuhnya pada jam 12 tengah hari tadi. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kemaskini laporan bencana memaklumkan, keputusan penutupan itu dibuat selepas keadaan banjir semakin pulih dan jumlah mangsa yang dipindahkan menunjukkan trend menurun. Menurut laporan itu, PPS Dewan R-Piang yang dibuka semalam menempatkan seramai 116 mangsa daripada 24 Ketua Isi Rumah (KIR). PPS Dewan Masyarakat Stapok yang dibuka pada tarikh sama merekodkan seramai 224 mangsa daripada 66 KIR, namun jumlah mangsa di pusat berkenaan dilaporkan semakin berkurangan. Antara agensi terlibat ialah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Berita selanjutnya di sini: https://www.utusanborneo.com.my/2026/03/11/banjir-pulih-dua-pps-di-kuching-ditutup Dipetik daripada akhbar: Utusan Borneo Online Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Kuching #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0gJ9ZyzGdrAPS1rw2G9psxKCPfdEVkpqgp5mGhnaV5VXTr1VrWBk94hoRBY3q86Wvl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews