#BILIKGERAKAN

BEBERAPA KAWASAN DI KUCHING DINAIKI AIR SUSULAN HUJAN LEBAT

KUCHING, 10 Mac : Hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan di Kuching mengalami kenaikan paras air, sekali gus mendorong pembukaan sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan penduduk yang terjejas banjir.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak, Mohktar Samat berkata pihaknya telah menjalankan pemantauan di beberapa kawasan yang dijangka mengalami kenaikan paras air, termasuk di Kampung Sinar Budi dan Kampung Tabuan Dayak.

“Untuk makluman, APM telah memantau beberapa kawasan yang dijangka ada kenaikan air seperti di Kampung Sinar Budi dan Kampung Tabuan Dayak.

“Ada sedikit kenaikan telah berlaku dan beberapa buah rumah dinaiki air sehingga ke paras kaki,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Menurut beliau, pasukan APM Daerah Kuching bersama beberapa daerah berhampiran turut melakukan pemantauan rapi bagi memastikan tindakan awal dapat diambil sekiranya keadaan bertambah buruk.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.tvsarawak.my/2026/03/10/beberapa-kawasan-di-kuching-dinaiki-air-susulan-hujan-lebat/

Dipetik daripada akhbar:
TVS

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Kuching

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02rCbL4oH1e8uW272ggW3UVsJQBzGikRU2n7iEHJoGyTRVNPUHzypTJfNUkA2p3nrDl
#BILIKGERAKAN BEBERAPA KAWASAN DI KUCHING DINAIKI AIR SUSULAN HUJAN LEBAT KUCHING, 10 Mac : Hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan di Kuching mengalami kenaikan paras air, sekali gus mendorong pembukaan sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan penduduk yang terjejas banjir. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak, Mohktar Samat berkata pihaknya telah menjalankan pemantauan di beberapa kawasan yang dijangka mengalami kenaikan paras air, termasuk di Kampung Sinar Budi dan Kampung Tabuan Dayak. “Untuk makluman, APM telah memantau beberapa kawasan yang dijangka ada kenaikan air seperti di Kampung Sinar Budi dan Kampung Tabuan Dayak. “Ada sedikit kenaikan telah berlaku dan beberapa buah rumah dinaiki air sehingga ke paras kaki,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini. Menurut beliau, pasukan APM Daerah Kuching bersama beberapa daerah berhampiran turut melakukan pemantauan rapi bagi memastikan tindakan awal dapat diambil sekiranya keadaan bertambah buruk. Berita selanjutnya di sini: https://www.tvsarawak.my/2026/03/10/beberapa-kawasan-di-kuching-dinaiki-air-susulan-hujan-lebat/ Dipetik daripada akhbar: TVS Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Kuching #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02rCbL4oH1e8uW272ggW3UVsJQBzGikRU2n7iEHJoGyTRVNPUHzypTJfNUkA2p3nrDl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews