#KEPIMPINAN

MAJLIS PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN

Isnin, 09 Mac 2026 - Sekitar majlis yang telah dihadiri oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Auditorium Tun Teja, Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada pagi tadi.

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk bersama menyertai Majlis Perjumpaan YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersama warga kementerian yang diadakan secara "live streaming" menerusi Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Antara intipati ucapan YAB Perdana Menteri, beliau menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memastikan kesejahteraan rakyat, kestabilan ekonomi serta kecekapan penyampaian perkhidmatan awam sebagai keutamaan utama pentadbiran negara.

YAB Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga KPDN atas komitmen berterusan dalam melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya dalam membantu mengurangkan kos sara hidup sepanjang bulan Ramadan.

Dalam usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat, beliau mengumumkan bahawa Kerajaan akan mempercepatkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua berjumlah RM3 bilion kepada kira-kira 5 juta penerima. Bayaran tersebut dijadualkan mula dikreditkan ke akaun penerima bermula 10 Mac 2026 sebagai persediaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Turut hadir, YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM bersama YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, YS TPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA, YS Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA, Pegawai Kanan APM, Pegawai dan Anggota APM serta warga kerja APM.

Jabatan Perdana Menteri
KPDN Laman Rasmi

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02r81KRXDaVKz9Sx9Q9XbWCLej3rToSN4QN1hwe7BVzRRvvQ6WeH76E1Uc9Q7bkQQol
#KEPIMPINAN MAJLIS PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN Isnin, 09 Mac 2026 - Sekitar majlis yang telah dihadiri oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Auditorium Tun Teja, Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada pagi tadi. Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk bersama menyertai Majlis Perjumpaan YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersama warga kementerian yang diadakan secara "live streaming" menerusi Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Antara intipati ucapan YAB Perdana Menteri, beliau menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memastikan kesejahteraan rakyat, kestabilan ekonomi serta kecekapan penyampaian perkhidmatan awam sebagai keutamaan utama pentadbiran negara. YAB Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga KPDN atas komitmen berterusan dalam melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya dalam membantu mengurangkan kos sara hidup sepanjang bulan Ramadan. Dalam usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat, beliau mengumumkan bahawa Kerajaan akan mempercepatkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua berjumlah RM3 bilion kepada kira-kira 5 juta penerima. Bayaran tersebut dijadualkan mula dikreditkan ke akaun penerima bermula 10 Mac 2026 sebagai persediaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Turut hadir, YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM bersama YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, YS TPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA, YS Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA, Pegawai Kanan APM, Pegawai dan Anggota APM serta warga kerja APM. Jabatan Perdana Menteri KPDN Laman Rasmi #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02r81KRXDaVKz9Sx9Q9XbWCLej3rToSN4QN1hwe7BVzRRvvQ6WeH76E1Uc9Q7bkQQol
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews