#LATIHAN

APM BALING LATIH 200 PELAJAR MRSM KEMAHIRAN CPR

BALING, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 200 pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Baling menyertai Latihan Asas Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diadakan di Dewan MRSM Baling, semalam.

Program kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan kemahiran pertolongan cemas sebagai langkah awal menghadapi situasi kecemasan yang tidak dijangka.

Bagi pihak APM Daerah Baling, latihan berkenaan diketuai oleh Leftenan Muda (PA) Mohamad Shafiq Umar selaku jurulatih bersama tiga pembantu jurulatih iaitu Prebet (PA) Nur Najiha Harun, Prebet (PA) Luqman Afiq Mohd Mokhtar dan Prebet (PA) Muhammad Nur Nabil Fitri Nashri.

Pelajar didedahkan dengan aspek pertolongan cemas dalam kalangan pelajar serta rawatan asas yang boleh dilakukan sekiranya berada di kawasan berisiko.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat melahirkan lebih ramai individu yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam memberikan bantuan awal ketika berhadapan dengan situasi kecemasan, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan CPR.

Berita selanjutnya di sini:
https://malaysiaaktif.my/2026/03/apm-baling-latih-200-pelajar-mrsm-kemahiran-cpr/

Dipetik daripada akhbar:
@malaysiaaktif.my

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah
Apm Daerah Baling

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0EEnmMGVa96ZYc7wVHdQAnVMreF52BLpon4Hc8XR7hW5KAirUoVkZiAia9MSTRFkFl
#LATIHAN APM BALING LATIH 200 PELAJAR MRSM KEMAHIRAN CPR BALING, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 200 pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Baling menyertai Latihan Asas Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diadakan di Dewan MRSM Baling, semalam. Program kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan kemahiran pertolongan cemas sebagai langkah awal menghadapi situasi kecemasan yang tidak dijangka. Bagi pihak APM Daerah Baling, latihan berkenaan diketuai oleh Leftenan Muda (PA) Mohamad Shafiq Umar selaku jurulatih bersama tiga pembantu jurulatih iaitu Prebet (PA) Nur Najiha Harun, Prebet (PA) Luqman Afiq Mohd Mokhtar dan Prebet (PA) Muhammad Nur Nabil Fitri Nashri. Pelajar didedahkan dengan aspek pertolongan cemas dalam kalangan pelajar serta rawatan asas yang boleh dilakukan sekiranya berada di kawasan berisiko. Penganjuran program seumpama ini diharap dapat melahirkan lebih ramai individu yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam memberikan bantuan awal ketika berhadapan dengan situasi kecemasan, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan CPR. Berita selanjutnya di sini: https://malaysiaaktif.my/2026/03/apm-baling-latih-200-pelajar-mrsm-kemahiran-cpr/ Dipetik daripada akhbar: @malaysiaaktif.my Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah Apm Daerah Baling #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0EEnmMGVa96ZYc7wVHdQAnVMreF52BLpon4Hc8XR7hW5KAirUoVkZiAia9MSTRFkFl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews