#KEPIMPINAN
KERAJAAN AKAN TERUS PERKUKUH KAPASITI, KESIAPSIAGAAN APM – AHMAD ZAHID
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memperkukuh kapasiti, latihan serta tahap kesiapsiagaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, langkah itu selaras dengan usaha membina Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam mendepani cabaran perubahan iklim serta risiko bencana yang semakin kompleks.
Menurutnya, dedikasi dan pengorbanan anggota pertahanan awam dalam menjaga keselamatan serta kebajikan rakyat amat besar maknanya kepada negara.
“Setiap kali negara diuji dengan bencana seperti banjir, kebakaran mahupun tanah runtuh, anggota pertahanan awam sentiasa menjadi antara pasukan terawal yang turun ke lapangan.
“Mereka hadir dengan penuh dedikasi, berganding bahu bersama agensi penyelamat lain, menghulurkan bantuan dan memastikan mangsa berada dalam keadaan selamat,” katanya menerusi hantaran di Facebook bersempena sambutan Hari Pertahanan Awam Sedunia ke-95 hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga APM yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam pengurusan bencana, operasi menyelamat serta bantuan kemanusiaan.
“Semoga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terus kekal teguh, berwibawa dan menjadi benteng keselamatan rakyat. Insya-Allah,” katanya.
Berita selanjutnya di sini:
https://www.nabalunews.com/post/kerajaan-akan-terus-perkukuh-kapasiti-kesiapsiagaan-apm-ahmad-zahid
Dipetik daripada akhbar:
Nabalu News
Zahid Hamidi
Mustapha Sakmud
Jabatan Perdana Menteri
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0pz3WF6cmLwJTaWLpwpGgBdhxVu6dkMt3tMpFkmQj8WSzzuCFHhkFqNY4uQRz2EjVl