#KAWALAN
KENYATAAN MEDIA - HARI PERTAHANAN AWAM SEDUNIA : PENGURUSAN RISIKO DAN ANCAMAN SERTA KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT, MEMACU KELESTARIAN KETAHANAN AWAM MASA HADAPAN
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini bersama seluruh warganya menyambut Hari Pertahanan Awam Sedunia Ke-95 pada 1 Mac 2026. Sambutan ini diadakan secara tahunan pada 1 Mac bagi memperingati penguatkuasaan Perlembagaan International Civil Defence Organization (ICDO) sebagai sebuah pertubuhan antara kerajaan pada 1 Mac 1972. Tema sambutan pada tahun ini ialah “Managing Environmental Risks for a Resilient and Sustainable Future”.
Sepanjang 95 tahun penubuhannya, ICDO telah melalui pelbagai evolusi dalam usaha menyelamatkan nyawa serta melindungi orang awam di seluruh dunia. Kini, ICDO merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh 61 buah negara,termasuk Malaysia yang telah menjadi ahli semenjak 6 Jun 2010.
Sejarah Hari Pertahanan Awam Sedunia bemula daripada penubuhan ICDO pada tahun 1931 di Paris, yang berfungsi sebagai kawasan perlindungan bagi orang awam ketika peperangan, meliputi golongan warga emas, wanita dan kanak-kanak. Seiring dengan perubahan landskap global, fungsi pertahanan awam kini turut diperluas merangkumi pengurusan risiko bencana dan ancaman bukan peperangan seperti perubahan iklim, dan runtuhan bangunan serta insiden kecemasan kesihatan awam.
Di Malaysia, aktiviti pertahanan awam di negara ini telah bermula pada tahun 1938 sebagai salah satu aktiviti kesukarelawanan dan memasuki tahun 1948, pihak British telah membentuk pasukan pertahanan awam yang digelar Local Defence Corp (LDC) sebagai permulaan penubuhan organisasi Pertahanan Awam di negara ini. LDC terus beroperasi sehingga digubal dan diluluskan perundangan pada tahun 1952 yang dikenali sebagai The Civil Defence Ordinance 1951 yang berkuat kuasa mulai 24 Mac 1952.
Sejak tahun 1952, beberapa perubahan dan penjenamaan telah berlaku terhadap pertahanan awam dan terakhir kali pada tahun 2016, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah diluluskan pindaan akta terkini yang lebih relevan dan inklusif perkhidmatan semasa bencana, kecemasan, krisis atau sewaktu aman. APM kini memainkan peranan penting dalam pengurusan bencana negara dengan penglibatan 2,294,154 anggota sukarela di seluruh negara sejak tujuh (7) dekad penubuhannya.
APM juga berperanan sebagai antara agensi utama dalam pengurusan krisis dan kecemasannegara. APM sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan situasi bencana, krisis atau kecemasan, sama ada di darat mahupun di air. APM juga komited untuk memperkukuh tahap kesiapsiagaan rakyat melalui kepelbagaian bentuk latihan bagi memupuk budaya siap siaga dalam kalangan masyarakat sewaktu aman.
Oleh itu, sambutan Hari Pertahanan Awam Sedunia bukan sekadar acara tahunan,malah ianya merupakan simbol penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan anggota pertahanan awam yang sentiasa berada di barisan hadapan ketika berlakunya insiden bencana, krisis atau kecemasan.
Pertahanan Awam juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pengurusan risiko ancaman tanggungjawab bersama dalam menghadapi bencana serta keperluan membina masa depan yang selamat, berdaya tahan untuk generasi akan datang.
APM juga turut menjemput seluruh masyarakat untuk hadir memeriahkan Karnival Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam yang akan diadakan bersempena sambutan ini untuk menghayati peranan dan tugas APM. Marilah kita bersama-sama menghargai peranan Pertahanan Awam.
“SELAMAT HARI PERTAHANAN AWAM SEDUNIA KE-95”
“PENGURUSAN RISIKO DAN ANCAMAN SERTA KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT, MEMACU KELESTARIAN KETAHANAN AWAM MASA HADAPAN”
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
1 MAC 2026
Zahid Hamidi
Mustapha Sakmud
Jabatan Perdana Menteri
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02FVQxt48dv1ZasYpbFCm44JrnNTY3zhvARHntoTfEJp83wooqMUk9CDcBptRoJSUjl