#KEPIMPINAN

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (SABAH & SARAWAK) KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) SMK TANDEK 2

Sabtu, 21 Februari 2026 - Sekitar sesi lawatan kerja rasmi YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) bertempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Tandek 2, Kota Marudu, Sabah.

Dalam lawatan kerja tersebut, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) telah meninjau situasi semasa mangsa banjir di daerah tersebut.

Beliau telah diberi taklimat ringkas oleh Puan Meirin binti Sugara, Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Marudu bersama Lt. (PA) Rayner Saimon, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Kota Marudu mengenai perkembangan terkini bencana banjir yang melanda di daerah tersebut.

Taklimat tersebut meliputi status jumlah mangsa terjejas, keadaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan langkah pengurusan yang telah dilaksanakan oleh agensi penyelamat dan pengurusan bencana.

Selain itu, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) turut meluangkan masa beramah mesra bersama mangsa banjir dan para petugas serta memberi bantuan makanan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan mangsa banjir.

Mustapha Sakmud
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
APM Kota Marudu

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0MB7ubtwJFhoQLSpeU2jeMt9H7Fy2k1mWTCXmC4whrsnVUdp7jF6K7KD11BRPe6nGl
#KEPIMPINAN LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (SABAH & SARAWAK) KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) SMK TANDEK 2 Sabtu, 21 Februari 2026 - Sekitar sesi lawatan kerja rasmi YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) bertempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Tandek 2, Kota Marudu, Sabah. Dalam lawatan kerja tersebut, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) telah meninjau situasi semasa mangsa banjir di daerah tersebut. Beliau telah diberi taklimat ringkas oleh Puan Meirin binti Sugara, Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Marudu bersama Lt. (PA) Rayner Saimon, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Kota Marudu mengenai perkembangan terkini bencana banjir yang melanda di daerah tersebut. Taklimat tersebut meliputi status jumlah mangsa terjejas, keadaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan langkah pengurusan yang telah dilaksanakan oleh agensi penyelamat dan pengurusan bencana. Selain itu, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) turut meluangkan masa beramah mesra bersama mangsa banjir dan para petugas serta memberi bantuan makanan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan mangsa banjir. Mustapha Sakmud Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah APM Kota Marudu #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0MB7ubtwJFhoQLSpeU2jeMt9H7Fy2k1mWTCXmC4whrsnVUdp7jF6K7KD11BRPe6nGl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews