#BILIKGERAKAN

BANJIR SABAH MENINGKAT, LIMA DAERAH TERJEJAS

KOTA KINABALU: Situasi banjir di Sabah menunjukkan peningkatan apabila jumlah penduduk terjejas dan daerah terlibat bertambah, berdasarkan laporan terkini setakat jam 4 petang hari ini, berbanding laporan pada jam 12 tengah hari tadi.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, hanya daerah Pitas direkodkan terjejas pada tengah hari dengan 861 ketua isi rumah melibatkan 1,695 penduduk daripada 46 kampung. Namun, keadaan berubah dalam tempoh empat jam berikutnya apabila empat lagi daerah turut dilaporkan dilanda banjir.

“Setakat jam 4 petang, jumlah penduduk terjejas akibat banjir meningkat kepada 2,616 orang, melibatkan 1,225 ketua isi rumah daripada 140 kampung di lima daerah,” menurut laporan itu di sini, hari ini.

Empat daerah baharu yang dilaporkan terjejas ialah Sook, Sipitang, Beaufort, dan Membakut, menjadikan keseluruhan lima daerah kini berada dalam kategori bencana banjir, berbanding hanya satu daerah pada laporan tengah hari.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.buletintv3.my/nasional/banjir-sabah-meningkat-lima-daerah-terjejas/

Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0dwCXP5UMWgAJK6DC7eNt5bV5xgM4uXa1RA8m3wTxTSrycoydw5TSEKQZ3LYQDdsTl
#BILIKGERAKAN BANJIR SABAH MENINGKAT, LIMA DAERAH TERJEJAS KOTA KINABALU: Situasi banjir di Sabah menunjukkan peningkatan apabila jumlah penduduk terjejas dan daerah terlibat bertambah, berdasarkan laporan terkini setakat jam 4 petang hari ini, berbanding laporan pada jam 12 tengah hari tadi. Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, hanya daerah Pitas direkodkan terjejas pada tengah hari dengan 861 ketua isi rumah melibatkan 1,695 penduduk daripada 46 kampung. Namun, keadaan berubah dalam tempoh empat jam berikutnya apabila empat lagi daerah turut dilaporkan dilanda banjir. “Setakat jam 4 petang, jumlah penduduk terjejas akibat banjir meningkat kepada 2,616 orang, melibatkan 1,225 ketua isi rumah daripada 140 kampung di lima daerah,” menurut laporan itu di sini, hari ini. Empat daerah baharu yang dilaporkan terjejas ialah Sook, Sipitang, Beaufort, dan Membakut, menjadikan keseluruhan lima daerah kini berada dalam kategori bencana banjir, berbanding hanya satu daerah pada laporan tengah hari. Berita selanjutnya di sini: https://www.buletintv3.my/nasional/banjir-sabah-meningkat-lima-daerah-terjejas/ Dipetik daripada akhbar: Buletin TV3 Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0dwCXP5UMWgAJK6DC7eNt5bV5xgM4uXa1RA8m3wTxTSrycoydw5TSEKQZ3LYQDdsTl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews