#BILIKGERAKAN

TANAH SUSUR BELAKANG RUMAH SPENCER MULING TEMUDOK, APM SARATOK BERTINDAK PANTAS

SARATOK: Keresahan melanda penghuni Rumah Spencer Muling, Temudok petang tadi apabila halaman belakang kediaman mereka dilaporkan terjejas akibat kejadian tanah susur.

​Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok menerima panggilan kecemasan pada 5:08 petang daripada seorang penduduk dikenali sebagai Holley yang bimbang akan keselamatan struktur rumah tersebut.

​Menurut Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata seramai tiga anggota digerakkan serta-merta ke lokasi yang terletak 20 kilometer dari pusat bandar sebaik sahaja laporan diterima.

​Setibanya di lokasi pada 5:33 petang, pasukan penyelamat mendapati berlaku runtuhan tanah di bahagian halaman belakang rumah dengan anggaran kedalaman anggaran empat kaki.

​Keadaan cuaca dan struktur tanah yang tidak menentu dikhuatiri boleh menyebabkan hakisan lebih serius jika tiada langkah pencegahan awal diambil oleh penduduk setempat.

​Sebagai langkah keselamatan proaktif, anggota APM bertindak memasang tali amaran (warning tape) di sekitar kawasan runtuhan bagi menghalang penduduk menghampiri zon bahaya.

​”Kami telah menjalankan pemantauan rapi di kawasan tersebut bagi memastikan tiada pergerakan tanah susulan yang boleh mengancam nyawa,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita selanjutnya di sini:
https://utusansarawak.com.my/tanah-susur-belakang-rumah-spencer-muling-temudok-apm-saratok-bertindak-pantas/

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Angkatan Pertahanan Awam Saratok

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02FYFeqKkn44psfuH6UjeTTGirs4WjHuWrHjMtnN5BfJzeFTqAh1NjH4iVEUJuQdZUl
#BILIKGERAKAN TANAH SUSUR BELAKANG RUMAH SPENCER MULING TEMUDOK, APM SARATOK BERTINDAK PANTAS SARATOK: Keresahan melanda penghuni Rumah Spencer Muling, Temudok petang tadi apabila halaman belakang kediaman mereka dilaporkan terjejas akibat kejadian tanah susur. ​Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok menerima panggilan kecemasan pada 5:08 petang daripada seorang penduduk dikenali sebagai Holley yang bimbang akan keselamatan struktur rumah tersebut. ​Menurut Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata seramai tiga anggota digerakkan serta-merta ke lokasi yang terletak 20 kilometer dari pusat bandar sebaik sahaja laporan diterima. ​Setibanya di lokasi pada 5:33 petang, pasukan penyelamat mendapati berlaku runtuhan tanah di bahagian halaman belakang rumah dengan anggaran kedalaman anggaran empat kaki. ​Keadaan cuaca dan struktur tanah yang tidak menentu dikhuatiri boleh menyebabkan hakisan lebih serius jika tiada langkah pencegahan awal diambil oleh penduduk setempat. ​Sebagai langkah keselamatan proaktif, anggota APM bertindak memasang tali amaran (warning tape) di sekitar kawasan runtuhan bagi menghalang penduduk menghampiri zon bahaya. ​”Kami telah menjalankan pemantauan rapi di kawasan tersebut bagi memastikan tiada pergerakan tanah susulan yang boleh mengancam nyawa,” katanya dalam satu kenyataan. Berita selanjutnya di sini: https://utusansarawak.com.my/tanah-susur-belakang-rumah-spencer-muling-temudok-apm-saratok-bertindak-pantas/ Dipetik daripada akhbar: Utusan Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Angkatan Pertahanan Awam Saratok #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02FYFeqKkn44psfuH6UjeTTGirs4WjHuWrHjMtnN5BfJzeFTqAh1NjH4iVEUJuQdZUl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews