#OPERASI

APM BANTU SEMBILAN CALON STPM KE SEKOLAH REDAH BANJIR DI PAITAN

KOTA KINABALU, 22 Feb (Bernama) -- Sembilan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Ulangan 2025 dapat meneruskan sesi persekolahan apabila dibantu keluar dari kawasan terjejas banjir oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Paitan.

Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Paitan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan operasi bantuan itu dilaksanakan bagi memindahkan pelajar terbabit ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Salaping, di Kota Marudu.

Menurut kenyataan itu, kesemua pelajar berkenaan berdepan kesukaran untuk keluar dari kawasan kediaman masing-masing berikutan paras air yang meningkat dan menjejaskan laluan utama.

Anggota APM bertindak membantu mengeluarkan pelajar dari kawasan banjir menggunakan kaedah pemindahan yang selamat dan terkawal bagi memastikan mereka dapat hadir ke sekolah tanpa sebarang risiko keselamatan dengan menggunakan kenderaan jabatan.

“Bantuan ini memberi impak besar kepada pelajar kerana ia memastikan mereka tidak tercicir daripada sesi pembelajaran serta persediaan peperiksaan penting. Selain menjamin keselamatan, tindakan ini turut memberi ketenangan kepada pelajar dan ibu bapa dalam menghadapi situasi bencana.

“Usaha berkenaan membuktikan bahawa sokongan agensi penyelamat memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan pendidikan walaupun berdepan cabaran bencana alam,” menurut kenyataan itu.-- BERNAMA

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2526361

Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0FJbv1yg1bcLFLfckEcq1d2tbDRWZnsHa7NK4jBvJkxRcLowGSPrbDXncAFmZ4qknl
#OPERASI APM BANTU SEMBILAN CALON STPM KE SEKOLAH REDAH BANJIR DI PAITAN KOTA KINABALU, 22 Feb (Bernama) -- Sembilan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Ulangan 2025 dapat meneruskan sesi persekolahan apabila dibantu keluar dari kawasan terjejas banjir oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Paitan. Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Paitan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan operasi bantuan itu dilaksanakan bagi memindahkan pelajar terbabit ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Salaping, di Kota Marudu. Menurut kenyataan itu, kesemua pelajar berkenaan berdepan kesukaran untuk keluar dari kawasan kediaman masing-masing berikutan paras air yang meningkat dan menjejaskan laluan utama. Anggota APM bertindak membantu mengeluarkan pelajar dari kawasan banjir menggunakan kaedah pemindahan yang selamat dan terkawal bagi memastikan mereka dapat hadir ke sekolah tanpa sebarang risiko keselamatan dengan menggunakan kenderaan jabatan. “Bantuan ini memberi impak besar kepada pelajar kerana ia memastikan mereka tidak tercicir daripada sesi pembelajaran serta persediaan peperiksaan penting. Selain menjamin keselamatan, tindakan ini turut memberi ketenangan kepada pelajar dan ibu bapa dalam menghadapi situasi bencana. “Usaha berkenaan membuktikan bahawa sokongan agensi penyelamat memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan pendidikan walaupun berdepan cabaran bencana alam,” menurut kenyataan itu.-- BERNAMA Berita selanjutnya di sini: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2526361 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0FJbv1yg1bcLFLfckEcq1d2tbDRWZnsHa7NK4jBvJkxRcLowGSPrbDXncAFmZ4qknl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews