#OPERASI

TINDAKAN PANTAS PDPA PAITAN BANTU PELAJAR STPM RENTAS KAWASAN BANJIR

PAITAN: Tindakan pantas Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Paitan berjaya membantu sembilan pelajar yang terjejas banjir untuk meneruskan perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Salaping, Kota Marudu, pagi tadi.

Kesemua pelajar terbabit merupakan calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2025 yang berdepan kesukaran keluar dari kawasan kediaman masing-masing susulan paras air banjir yang meningkat dan menenggelami laluan utama.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Paitan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung situasi tersebut dan segera menggerakkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi melaksanakan operasi pemindahan secara selamat dan terkawal.

Menurut beliau, operasi berjalan lancar hasil kerjasama anggota yang sentiasa mematuhi prosedur keselamatan selain mengambil kira kebajikan pelajar sepanjang proses pemindahan.

Tambahnya, bantuan berkenaan memberi impak besar kepada pelajar terlibat kerana memastikan mereka tidak tercicir daripada sesi pembelajaran serta persediaan menghadapi peperiksaan penting.

“Dalam situasi bencana, kesinambungan pendidikan tetap menjadi keutamaan. Kami komited membantu masyarakat tanpa mengira masa dan keadaan,” katanya.

Berita selanjutnya di sini:
https://sabahnews.com.my/tindakan-pantas-pdpa-paitan-bantu-pelajar-stpm-rentas-kawasan-banjir

Dipetik daripada akhbar:
Sabah News Today

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Rh7ePLBjFerUjfMsSsyh9ruZP3iwB7XwU7j7qhhDNUMTG9wR8NPf8NoJY1yjsTwAl
#OPERASI TINDAKAN PANTAS PDPA PAITAN BANTU PELAJAR STPM RENTAS KAWASAN BANJIR PAITAN: Tindakan pantas Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Paitan berjaya membantu sembilan pelajar yang terjejas banjir untuk meneruskan perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Salaping, Kota Marudu, pagi tadi. Kesemua pelajar terbabit merupakan calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2025 yang berdepan kesukaran keluar dari kawasan kediaman masing-masing susulan paras air banjir yang meningkat dan menenggelami laluan utama. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Paitan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung situasi tersebut dan segera menggerakkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi melaksanakan operasi pemindahan secara selamat dan terkawal. Menurut beliau, operasi berjalan lancar hasil kerjasama anggota yang sentiasa mematuhi prosedur keselamatan selain mengambil kira kebajikan pelajar sepanjang proses pemindahan. Tambahnya, bantuan berkenaan memberi impak besar kepada pelajar terlibat kerana memastikan mereka tidak tercicir daripada sesi pembelajaran serta persediaan menghadapi peperiksaan penting. “Dalam situasi bencana, kesinambungan pendidikan tetap menjadi keutamaan. Kami komited membantu masyarakat tanpa mengira masa dan keadaan,” katanya. Berita selanjutnya di sini: https://sabahnews.com.my/tindakan-pantas-pdpa-paitan-bantu-pelajar-stpm-rentas-kawasan-banjir Dipetik daripada akhbar: Sabah News Today Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Rh7ePLBjFerUjfMsSsyh9ruZP3iwB7XwU7j7qhhDNUMTG9wR8NPf8NoJY1yjsTwAl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews