#KAWALAN

SIARAN MEDIA - OP PRIHATIN : 2,364 ANGGOTA APM SIAPSIAGA SEMPENA CUTI UMUM TAHUN BAHARU CINA 2026

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengadakan Majlis Pelancaran Op Prihatin Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tahun 2026 bertempat di Petronas Putrajaya 1, Presint 9, Putrajaya.

Op Prihatin ini merupakan kesinambungan Op Bantu yang diperkenalkan pada tahun 2010 hingga tahun 2021 dan direjuvensi kepada Op Prihatin APM pada tahun 2022 sehingga kini dengan memperluaskan skop penugasan APM. Definisi Op Prihatin APM adalah meningkatkan sikap membantu rakyat Malaysia dalam khidmat kemanusiaan melalui APM.

Objektif Pelancaran Op Prihatin APM 2026 ini adalah melaksanakan rondaan dan membantu pengguna jalan raya di musim perayaan bagi membantu mangsa bencana, kecemasan dan kemalangan jalan raya.

Ia bukan sahaja fokus pada rondaan di jalan utama persekutuan dan negeri, malah di tempat tumpuan pengunjung dan kawasan hotspot bencana serta memberi kesedaran pada orang awam mengenai fungsi dan peranan APM terhadap pelindungan kepada masyarakat.

Op Prihatin pada tahun ini melibatkan penglibatan seramai 2,364 pegawai dan anggota APM merangkumi 14 Pejabat Negeri Pertahanan Awam dan 197 Pejabat Daerah Pertahanan Awam / Pejabat Unit Pertahanan Awam di seluruh negara.

Op Prihatin Tahun 2026 terbahagi kepada dua fasa iaitu :-
a) Fasa pertama pada 13 - 22 Februari 2026 dan ;
b) Fasa kedua pada 19 - 29 Mac 2026 sempena perayaan Aidilfitri.

Pelancaran Op Prihatin APM diadakan di enam (6) Zon, bermula dari Zon Timur pada 11 Februari 2026 dan seterusnya di Zon Utara pada 12 Februari 2026 dan Zon Tengah pada 15 Februari 2026.

Masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga sepanjang musim perayaan ini. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, mematuhi had laju yang ditetapkan dan elakkan memandu dalam keadaan letih atau mengantuk. Sekiranya terdapat sebarang kecemasan, anda digalakkan untuk menghubungi talian kecemasan 999 atau aplikasi "Save Me 999".

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)
15 FEBRUARI 2026

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan
APM Negeri Selangor
APM Negeri Perak

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02QyqGDVzktx2D2eHVusd9eUKKDMw1fTRfLrsUn9HtwYom3ZYFGNFaxUBz2UkL321jl
#KAWALAN SIARAN MEDIA - OP PRIHATIN : 2,364 ANGGOTA APM SIAPSIAGA SEMPENA CUTI UMUM TAHUN BAHARU CINA 2026 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengadakan Majlis Pelancaran Op Prihatin Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tahun 2026 bertempat di Petronas Putrajaya 1, Presint 9, Putrajaya. Op Prihatin ini merupakan kesinambungan Op Bantu yang diperkenalkan pada tahun 2010 hingga tahun 2021 dan direjuvensi kepada Op Prihatin APM pada tahun 2022 sehingga kini dengan memperluaskan skop penugasan APM. Definisi Op Prihatin APM adalah meningkatkan sikap membantu rakyat Malaysia dalam khidmat kemanusiaan melalui APM. Objektif Pelancaran Op Prihatin APM 2026 ini adalah melaksanakan rondaan dan membantu pengguna jalan raya di musim perayaan bagi membantu mangsa bencana, kecemasan dan kemalangan jalan raya. Ia bukan sahaja fokus pada rondaan di jalan utama persekutuan dan negeri, malah di tempat tumpuan pengunjung dan kawasan hotspot bencana serta memberi kesedaran pada orang awam mengenai fungsi dan peranan APM terhadap pelindungan kepada masyarakat. Op Prihatin pada tahun ini melibatkan penglibatan seramai 2,364 pegawai dan anggota APM merangkumi 14 Pejabat Negeri Pertahanan Awam dan 197 Pejabat Daerah Pertahanan Awam / Pejabat Unit Pertahanan Awam di seluruh negara. Op Prihatin Tahun 2026 terbahagi kepada dua fasa iaitu :- a) Fasa pertama pada 13 - 22 Februari 2026 dan ; b) Fasa kedua pada 19 - 29 Mac 2026 sempena perayaan Aidilfitri. Pelancaran Op Prihatin APM diadakan di enam (6) Zon, bermula dari Zon Timur pada 11 Februari 2026 dan seterusnya di Zon Utara pada 12 Februari 2026 dan Zon Tengah pada 15 Februari 2026. Masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga sepanjang musim perayaan ini. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, mematuhi had laju yang ditetapkan dan elakkan memandu dalam keadaan letih atau mengantuk. Sekiranya terdapat sebarang kecemasan, anda digalakkan untuk menghubungi talian kecemasan 999 atau aplikasi "Save Me 999". ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) 15 FEBRUARI 2026 Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan APM Negeri Selangor APM Negeri Perak #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02QyqGDVzktx2D2eHVusd9eUKKDMw1fTRfLrsUn9HtwYom3ZYFGNFaxUBz2UkL321jl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews