#KEPIMPINAN

MAJLIS PENUTUP KURSUS BAKAL PEGAWAI WARAN APM TAHUN 2026

Jumaat, 13 Februari 2026 - Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT), Jengka, Pahang pada petang tadi.

Untuk makluman, kursus ini telah berlangsung selama 2 minggu bermula 04 hingga 13 Februari 2026 yang melibatkan penyertaan peserta terdiri daripada Anggota APM seluruh negara. Kursus ini merangkumi pelbagai modul latihan yang menekankan pembentukan kepimpinan, disiplin, kecekapan operasi serta nilai profesionalisme selaras dengan peranan dan tanggungjawab Pegawai Waran dalam organisasi.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam melaksanakan amanah dan tugas demi perkhidmatan terbaik kepada negara.

Turut hadir, YS PPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA bersama YS Lt. Kol. (PA) Syahrul bin Sukor, Komandan PULAPAT, Pegawai Kanan APM serta para urus setia yang terdiri daripada Pegawai Waran APM dan Pegawai APM.

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA
Pulapa Wilayah Timur

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02riqvYAygdsPgJqVeqNocz5ASTzomRVNBrNPbdmAkzSLoqnB2eEB2ksz6HT7To6MGl
#KEPIMPINAN MAJLIS PENUTUP KURSUS BAKAL PEGAWAI WARAN APM TAHUN 2026 Jumaat, 13 Februari 2026 - Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT), Jengka, Pahang pada petang tadi. Untuk makluman, kursus ini telah berlangsung selama 2 minggu bermula 04 hingga 13 Februari 2026 yang melibatkan penyertaan peserta terdiri daripada Anggota APM seluruh negara. Kursus ini merangkumi pelbagai modul latihan yang menekankan pembentukan kepimpinan, disiplin, kecekapan operasi serta nilai profesionalisme selaras dengan peranan dan tanggungjawab Pegawai Waran dalam organisasi. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam melaksanakan amanah dan tugas demi perkhidmatan terbaik kepada negara. Turut hadir, YS PPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA bersama YS Lt. Kol. (PA) Syahrul bin Sukor, Komandan PULAPAT, Pegawai Kanan APM serta para urus setia yang terdiri daripada Pegawai Waran APM dan Pegawai APM. Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA Pulapa Wilayah Timur #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02riqvYAygdsPgJqVeqNocz5ASTzomRVNBrNPbdmAkzSLoqnB2eEB2ksz6HT7To6MGl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews