#BILIKGERAKAN

HAMPIR 140,000 KES TANGKAPAN ULAR DIREKODKAN SEPANJANG 2025 DI SELURUH NEGARA

GEORGE TOWN – Kes tangkapan ular yang direkodkan di seluruh negara dianggarkan mencecah hampir 140,000 kes sepanjang tahun lalu sekali gus menjadikannya antara kes tertinggi yang dikendalikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain kes perubatan dan kemalangan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Ghazali Abd Rahman berkata, angka itu berdasarkan anggaran purata kira-kira 10,000 kes bagi setiap negeri.

Menurutnya, ia yang menunjukkan isu melibatkan kehadiran reptilia berkenaan masih berada pada tahap membimbangkan khususnya di kawasan penempatan penduduk.

"Bagi Pulau Pinang sahaja, sebanyak 8,193 kes tangkapan ular direkodkan sepanjang tahun lalu dengan trend peningkatan dijangka berterusan susulan cuaca panas yang melanda sejak kebelakangan ini," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perbarisan Pembukaan Latihan APM Pulau Pinang 2026 di Pejabat APM Pulau Pinang di sini pada Rabu.

Tambah Ghazali, walaupun Monsun Timur Laut belum berakhir sepenuhnya, keadaan cuaca panas dan kering sejak satu hingga dua bulan lalu telah menjejaskan habitat semula jadi haiwan, sekali gus menyebabkan ular keluar ke kawasan perumahan untuk mencari perlindungan dan sumber makanan.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.sinarharian.com.my/article/766731/berita/semasa/hampir-140000-kes-tangkapan-ular-direkodkan-sepanjang-2025-di-seluruh-negara

Dipetik daripada akhbar:
Sinar Harian

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid031rx4fvTiweZH1CcYezZDjWxt68x9Yb4t9VPAfnHhtdLz7tBQVCski86KAWYTm9sbl
#BILIKGERAKAN HAMPIR 140,000 KES TANGKAPAN ULAR DIREKODKAN SEPANJANG 2025 DI SELURUH NEGARA GEORGE TOWN – Kes tangkapan ular yang direkodkan di seluruh negara dianggarkan mencecah hampir 140,000 kes sepanjang tahun lalu sekali gus menjadikannya antara kes tertinggi yang dikendalikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain kes perubatan dan kemalangan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Ghazali Abd Rahman berkata, angka itu berdasarkan anggaran purata kira-kira 10,000 kes bagi setiap negeri. Menurutnya, ia yang menunjukkan isu melibatkan kehadiran reptilia berkenaan masih berada pada tahap membimbangkan khususnya di kawasan penempatan penduduk. "Bagi Pulau Pinang sahaja, sebanyak 8,193 kes tangkapan ular direkodkan sepanjang tahun lalu dengan trend peningkatan dijangka berterusan susulan cuaca panas yang melanda sejak kebelakangan ini," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perbarisan Pembukaan Latihan APM Pulau Pinang 2026 di Pejabat APM Pulau Pinang di sini pada Rabu. Tambah Ghazali, walaupun Monsun Timur Laut belum berakhir sepenuhnya, keadaan cuaca panas dan kering sejak satu hingga dua bulan lalu telah menjejaskan habitat semula jadi haiwan, sekali gus menyebabkan ular keluar ke kawasan perumahan untuk mencari perlindungan dan sumber makanan. Berita selanjutnya di sini: https://www.sinarharian.com.my/article/766731/berita/semasa/hampir-140000-kes-tangkapan-ular-direkodkan-sepanjang-2025-di-seluruh-negara Dipetik daripada akhbar: Sinar Harian Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid031rx4fvTiweZH1CcYezZDjWxt68x9Yb4t9VPAfnHhtdLz7tBQVCski86KAWYTm9sbl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews