#ASPIRASI

14 WANITA KENTAL BERKAYAK 42.9 KM DARI SATUN KE LANGKAWI

Langkawi: Seramai 14 pendayung wanita mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan misi berkayak sejauh 42.9 kilometer (km) dari Satun ke Langkawi dalam tempoh sembilan jam, hari ini.

Kejayaan itu dilakar menerusi aktiviti Ladies In Kayak Expedition (LIKE) yang bermula dari Jeti Tammalang, Satun, dengan peserta berusia antara 22 hingga 45 tahun.

Pelepasan ekspedisi pada jam 9 pagi disempurnakan oleh Gabenor Satun, Kanit Kongchouy.

Turut mengiringi peserta sepanjang aktiviti lasak merentasi sempadan itu ialah Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah serta Penaung LIKE, Hisham Suhaily Othman.

"Ketika latihan di perairan Langkawi, kami tidak pernah berhadapan situasi sebegini. Jadi saya kuatkan semangat dengan memujuk hati dan mengalihkan fikiran daripada laut dan kayak. Akhirnya saya berjaya," katanya.

Seorang lagi peserta, Mej. (PA) Wirdana Kesuma Mohd Jaya, 33, berkata penyertaannya dalam LIKE merupakan pengalaman pertama dalam aktiviti berkayak jarak jauh.

Katanya, beliau pada awalnya tidak yakin dengan kebolehan diri apatah lagi berdepan cuaca panas terik sepanjang perjalanan.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana berjaya mencipta kejayaan ini bersama 13 rakan lain, sekali gus mengangkat martabat wanita yang sering dilabel sebagai insan lemah," katanya.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1317605/14-wanita-kental-berkayak-429-km-dari-satun-ke-langkawi

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0rWBCAegtYE1mLd3EEHCParPyFFRFDbV5zAQEibMGj74sMVM1wyvC2Q4DCQB2waFsl
#ASPIRASI 14 WANITA KENTAL BERKAYAK 42.9 KM DARI SATUN KE LANGKAWI Langkawi: Seramai 14 pendayung wanita mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan misi berkayak sejauh 42.9 kilometer (km) dari Satun ke Langkawi dalam tempoh sembilan jam, hari ini. Kejayaan itu dilakar menerusi aktiviti Ladies In Kayak Expedition (LIKE) yang bermula dari Jeti Tammalang, Satun, dengan peserta berusia antara 22 hingga 45 tahun. Pelepasan ekspedisi pada jam 9 pagi disempurnakan oleh Gabenor Satun, Kanit Kongchouy. Turut mengiringi peserta sepanjang aktiviti lasak merentasi sempadan itu ialah Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah serta Penaung LIKE, Hisham Suhaily Othman. "Ketika latihan di perairan Langkawi, kami tidak pernah berhadapan situasi sebegini. Jadi saya kuatkan semangat dengan memujuk hati dan mengalihkan fikiran daripada laut dan kayak. Akhirnya saya berjaya," katanya. Seorang lagi peserta, Mej. (PA) Wirdana Kesuma Mohd Jaya, 33, berkata penyertaannya dalam LIKE merupakan pengalaman pertama dalam aktiviti berkayak jarak jauh. Katanya, beliau pada awalnya tidak yakin dengan kebolehan diri apatah lagi berdepan cuaca panas terik sepanjang perjalanan. "Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana berjaya mencipta kejayaan ini bersama 13 rakan lain, sekali gus mengangkat martabat wanita yang sering dilabel sebagai insan lemah," katanya. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1317605/14-wanita-kental-berkayak-429-km-dari-satun-ke-langkawi Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0rWBCAegtYE1mLd3EEHCParPyFFRFDbV5zAQEibMGj74sMVM1wyvC2Q4DCQB2waFsl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews