#ASPIRASI
APM PERKUKUH TINDAKAN AWAL BENCANA DI SUBIS
MIRI, 7 Ogos: Pelaksanaan Latihan Tatacara Pengoperasian Bencana Zon Utara oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak disifatkan sebagai langkah proaktif memperkukuh kesiapsiagaan pasukan keselamatan dan komuniti dalam menghadapi sebarang bentuk bencana terutama banjir.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, latihan yang diadakan di Dewan Kampung Dagang, Bekenu itu dirangka berpandukan pengalaman sebenar bencana banjir besar yang melanda Daerah Subis awal tahun ini.
“Latihan ini dilaksanakan pada masa dan lokasi yang tepat sekali gus mencerminkan komitmen tinggi semua pihak dalam memperkukuh koordinasi antara agensi dan meningkatkan kecekapan tindakan awal,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan program berkenaan, hari ini.
Lukanisman berkata, latihan seperti itu bukan sekadar simulasi rutin sebaliknya menjadi medan penting untuk memperkukuh kerjasama pelbagai agensi serta memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan masing-masing ketika bencana berlaku.
Beliau turut menekankan pengurusan bencana tidak hanya tertumpu kepada operasi menyelamat dan logistik tetapi juga merangkumi aspek kesihatan awam yang merupakan elemen penting dalam sistem tindak balas kecemasan negara.
Dalam majlis sama, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi meningkatkan keperluan pejabat sementara APM Subis dan mencadangkan pembinaan stesen kekal APM di daerah tersebut dalam masa terdekat.-TVS
Berita selanjutnya di sini:
https://www.tvsarawak.my/2025/08/07/apm-perkukuh-tindakan-awal-bencana-di-subis/
Dipetik daripada akhbar:
TVS
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02krsbsGVGd3TsjAKrcPPfjksKX3YpGSLojz4YXhszZ5R9sYZmXEmc4BdyEKFTFco6l