#ASPIRASI

SEMANGAT PATRIOTISME: APM SABAH BERMOTOSIKAL MERENTASI BORNEO

SARIKEI, 10 Ogos: Seramai lapan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah meredah perjalanan bermotosikal sejauh lebih 1,000 kilometer (km) dari Kota Kinabalu ke Kuching dalam misi Kembara Borneo Ride sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Rombongan yang diketuai Pengarah APM Sabah, Yusoff Samad itu turut disertai beberapa pegawai dan kakitangan, dengan Sarikei menjadi salah satu lokasi persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Ketibaan mereka di Pusat Kawalan Operasi APM Sarikei disambut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi bersama anggota bertugas.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak saling bertukar cenderamata sebagai tanda penghargaan.

Sesi kunjungan diakhiri dengan acara menandatangani sepanduk program dan bergambar kenangan bersama-sama anggota APM yang bertugas di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sarikei.

Menurut Shahrol Azizi, kunjungan itu bukan sekadar persinggahan biasa, malah memberi makna besar dalam mengeratkan hubungan antara APM Sabah dan Sarawak.

“Ia bukan sekadar kembara bermotosikal, tetapi simbol semangat persaudaraan dan patriotisme. Kami berbesar hati menerima kunjungan ini kerana ia satu penghargaan besar buat kami,” katanya.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kuching membabitkan jarak kira-kira 1,224 kilometer, menjadi cabaran tersendiri buat peserta Kembara Borneo Ride kali ini.-TVS

Berita selanjutnya di sini:
https://www.tvsarawak.my/2025/08/10/semangat-patriotisme-apm-sabah-bermotosikal-merentasi-borneo/

Dipetik daripada akhbar:
TVS

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
APM Sarawak

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02ESUVGxzPtM7WBW1AdKtZLmCqvLcdPcVnTkKwNeXRayuxTyzcnoJv94WQ6hHQf1HVl
#ASPIRASI SEMANGAT PATRIOTISME: APM SABAH BERMOTOSIKAL MERENTASI BORNEO SARIKEI, 10 Ogos: Seramai lapan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah meredah perjalanan bermotosikal sejauh lebih 1,000 kilometer (km) dari Kota Kinabalu ke Kuching dalam misi Kembara Borneo Ride sempena sambutan bulan kemerdekaan. Rombongan yang diketuai Pengarah APM Sabah, Yusoff Samad itu turut disertai beberapa pegawai dan kakitangan, dengan Sarikei menjadi salah satu lokasi persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Ketibaan mereka di Pusat Kawalan Operasi APM Sarikei disambut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi bersama anggota bertugas. Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak saling bertukar cenderamata sebagai tanda penghargaan. Sesi kunjungan diakhiri dengan acara menandatangani sepanduk program dan bergambar kenangan bersama-sama anggota APM yang bertugas di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sarikei. Menurut Shahrol Azizi, kunjungan itu bukan sekadar persinggahan biasa, malah memberi makna besar dalam mengeratkan hubungan antara APM Sabah dan Sarawak. “Ia bukan sekadar kembara bermotosikal, tetapi simbol semangat persaudaraan dan patriotisme. Kami berbesar hati menerima kunjungan ini kerana ia satu penghargaan besar buat kami,” katanya. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kuching membabitkan jarak kira-kira 1,224 kilometer, menjadi cabaran tersendiri buat peserta Kembara Borneo Ride kali ini.-TVS Berita selanjutnya di sini: https://www.tvsarawak.my/2025/08/10/semangat-patriotisme-apm-sabah-bermotosikal-merentasi-borneo/ Dipetik daripada akhbar: TVS Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah APM Sarawak #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02ESUVGxzPtM7WBW1AdKtZLmCqvLcdPcVnTkKwNeXRayuxTyzcnoJv94WQ6hHQf1HVl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews