#BILIKGERAKAN

APM SAMARAHAN PERKETAT RONDAAN, PANTAU AWAL RISIKO BANJIR

KUCHING: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Samarahan mempertingkatkan rondaan serta pemantauan rapi di beberapa kawasan dikenal pasti berisiko banjir berikutan keadaan cuaca tidak menentu dan hujan berterusan sejak beberapa hari.

Menurut kenyataan APM Daerah Samarahan, langkah awal itu bertujuan memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap optimum, selain membolehkan tindakan pantas dilaksanakan sekiranya berlaku peningkatan paras air atau sebarang insiden kecemasan melibatkan penduduk.

Antara lokasi yang berada dalam fokus pemantauan termasuk Kampung Tanjung Bundong Fasa 3, Kampung Baru, Kampung Endap, Kampung Jegoi, Kampung Rembus, Kampung Plaie, Kampung Nangka, Kampung Sungai Empit dan Kampung Pangkalan Kuap.

Pemantauan tertumpu kepada kawasan rendah, laluan utama serta penempatan penduduk yang sering terdedah kepada ancaman banjir, merangkumi penilaian paras air, keberkesanan sistem saliran serta aspek keselamatan komuniti setempat.

Sementara itu, APM Daerah Samarahan menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca, mengelakkan aktiviti di kawasan berisiko dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Orang awam yang memerlukan bantuan atau berdepan situasi kecemasan boleh menghubungi APM Daerah Samarahan di talian 082-672999 atau talian kecemasan 999.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.utusanborneo.com.my/2026/01/25/apm-samarahan-perketat-rondaan-pantau-awal-risiko-banjir

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Borneo Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Samarahan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02swPnPrtzXKwEFEzswB5Yi11VQEBpxP5iXNFfwCLjsogjvzeoTG4xaxERYeEHesLdl
#BILIKGERAKAN APM SAMARAHAN PERKETAT RONDAAN, PANTAU AWAL RISIKO BANJIR KUCHING: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Samarahan mempertingkatkan rondaan serta pemantauan rapi di beberapa kawasan dikenal pasti berisiko banjir berikutan keadaan cuaca tidak menentu dan hujan berterusan sejak beberapa hari. Menurut kenyataan APM Daerah Samarahan, langkah awal itu bertujuan memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap optimum, selain membolehkan tindakan pantas dilaksanakan sekiranya berlaku peningkatan paras air atau sebarang insiden kecemasan melibatkan penduduk. Antara lokasi yang berada dalam fokus pemantauan termasuk Kampung Tanjung Bundong Fasa 3, Kampung Baru, Kampung Endap, Kampung Jegoi, Kampung Rembus, Kampung Plaie, Kampung Nangka, Kampung Sungai Empit dan Kampung Pangkalan Kuap. Pemantauan tertumpu kepada kawasan rendah, laluan utama serta penempatan penduduk yang sering terdedah kepada ancaman banjir, merangkumi penilaian paras air, keberkesanan sistem saliran serta aspek keselamatan komuniti setempat. Sementara itu, APM Daerah Samarahan menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca, mengelakkan aktiviti di kawasan berisiko dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Orang awam yang memerlukan bantuan atau berdepan situasi kecemasan boleh menghubungi APM Daerah Samarahan di talian 082-672999 atau talian kecemasan 999. Berita selanjutnya di sini: https://www.utusanborneo.com.my/2026/01/25/apm-samarahan-perketat-rondaan-pantau-awal-risiko-banjir Dipetik daripada akhbar: Utusan Borneo Online Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Samarahan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02swPnPrtzXKwEFEzswB5Yi11VQEBpxP5iXNFfwCLjsogjvzeoTG4xaxERYeEHesLdl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews