#ASPIRASI

ILMU PERTAHANAN AWAM PERKUKUH MISI BANTUAN JOHOR - PALESTIN 3.0

Kuala Lumpur: Pendekatan profesional berasaskan ilmu pertahanan awam menjadi kekuatan utama Misi Bantuan Kasih Johor-Palestin 3.0.

Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) diberi kepercayaan menerajui amanah Kerajaan Johor dalam menjayakan misi kemanusiaan antarabangsa itu.

MAHAR menerusi kenyataan berkata, pihaknya memainkan peranan penting memperkukuh keberkesanan penyampaian bantuan dengan mengaplikasikan kepakaran pengurusan bencana dan logistik.

Selain itu, misi berkenaan dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan MAHAR membabitkan operasi merentas beberapa negara dari 1 hingga 6 Januari lalu di Kem Pelarian Marka, Amman sebelum diteruskan ke Kaherah, Mesir dari 6 hingga 12 Januari lalu.

Menariknya, MAHAR berkata, misi itu turut disertai barisan pengurusan tertinggi dan kakitangannya yang juga Pegawai Lantikan Bersekutu serta anggota APM.

"Ia membuktikan keupayaan warga kerja tempatan mengendalikan operasi kemanusiaan dalam situasi mencabar termasuk konflik dan krisis kemanusiaan.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1315117/ilmu-pertahanan-awam-perkukuh-misi-bantuan-johor-palestin-30

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0j7XWfBMUguXbE5zXse63SrEoRpumvM3CNSG5QSP4BrcRpwt8JZ1sXYh2RUrRsmdQl
#ASPIRASI ILMU PERTAHANAN AWAM PERKUKUH MISI BANTUAN JOHOR - PALESTIN 3.0 Kuala Lumpur: Pendekatan profesional berasaskan ilmu pertahanan awam menjadi kekuatan utama Misi Bantuan Kasih Johor-Palestin 3.0. Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) diberi kepercayaan menerajui amanah Kerajaan Johor dalam menjayakan misi kemanusiaan antarabangsa itu. MAHAR menerusi kenyataan berkata, pihaknya memainkan peranan penting memperkukuh keberkesanan penyampaian bantuan dengan mengaplikasikan kepakaran pengurusan bencana dan logistik. Selain itu, misi berkenaan dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan MAHAR membabitkan operasi merentas beberapa negara dari 1 hingga 6 Januari lalu di Kem Pelarian Marka, Amman sebelum diteruskan ke Kaherah, Mesir dari 6 hingga 12 Januari lalu. Menariknya, MAHAR berkata, misi itu turut disertai barisan pengurusan tertinggi dan kakitangannya yang juga Pegawai Lantikan Bersekutu serta anggota APM. "Ia membuktikan keupayaan warga kerja tempatan mengendalikan operasi kemanusiaan dalam situasi mencabar termasuk konflik dan krisis kemanusiaan. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1315117/ilmu-pertahanan-awam-perkukuh-misi-bantuan-johor-palestin-30 Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0j7XWfBMUguXbE5zXse63SrEoRpumvM3CNSG5QSP4BrcRpwt8JZ1sXYh2RUrRsmdQl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews