#KEPIMPINAN

KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA AGUNG PERTUBUHAN PERTAHANAN AWAM ANTARABANGSA (ICDO) KE IBU PEJABAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)

Isnin, 19 Januari 2026 - Sekitar sesi kunjungan hormat daripada Tuan Arguj Kalantarli, Setia Usaha Agung Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa (International Civil Defence Organization – ICDO) ke Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada pagi tadi.

Kunjungan tersebut disambut baik oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama barisan pengurusan tertinggi APM.

Kunjungan hormat ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama strategik dalam bidang pertahanan awam dan pengurusan bencana.

Untuk makluman, APM telah menandatangani Keanggotaan Tetap dalam ICDO pada 7 Mei 2010 di Geneva, Switzerland. Pada 6 Julai 2010, Malaysia secara rasmi telah menjadi salah satu daripada 60 negara ahli ICDO. Sepanjang 15 tahun keanggotaan, Malaysia telah aktif menyertai pelbagai kursus berasaskan kemahiran, latihan dan program yang dianjurkan oleh ICDO.

Pertemuan ini menjadi platform penting untuk pertukaran pandangan mengenai isu-isu semasa berkaitan kesiapsiagaan bencana, pengurusan risiko, pembangunan kapasiti, latihan serta pemerkasaan kerjasama antarabangsa dalam bidang pertahanan awam.

Dalam pertemuan tersebut, juga telah dibincangkan hasrat Malaysia untuk menganjurkan latihan dan kursus khas APM bagi negara-negara ahli ICDO pada tahun 2027 yang bertujuan memperkukuh pembangunan kapasiti dan kerjasama latihan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
ICDO - International Civil Defence Organisation

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02fPj6mV6eoGm8R5LHTU66PuBAiPwMvPXEjFgp1tmQtLDjL47R4ehjJWYU8BADQFh5l
#KEPIMPINAN KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA AGUNG PERTUBUHAN PERTAHANAN AWAM ANTARABANGSA (ICDO) KE IBU PEJABAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) Isnin, 19 Januari 2026 - Sekitar sesi kunjungan hormat daripada Tuan Arguj Kalantarli, Setia Usaha Agung Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa (International Civil Defence Organization – ICDO) ke Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada pagi tadi. Kunjungan tersebut disambut baik oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama barisan pengurusan tertinggi APM. Kunjungan hormat ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama strategik dalam bidang pertahanan awam dan pengurusan bencana. Untuk makluman, APM telah menandatangani Keanggotaan Tetap dalam ICDO pada 7 Mei 2010 di Geneva, Switzerland. Pada 6 Julai 2010, Malaysia secara rasmi telah menjadi salah satu daripada 60 negara ahli ICDO. Sepanjang 15 tahun keanggotaan, Malaysia telah aktif menyertai pelbagai kursus berasaskan kemahiran, latihan dan program yang dianjurkan oleh ICDO. Pertemuan ini menjadi platform penting untuk pertukaran pandangan mengenai isu-isu semasa berkaitan kesiapsiagaan bencana, pengurusan risiko, pembangunan kapasiti, latihan serta pemerkasaan kerjasama antarabangsa dalam bidang pertahanan awam. Dalam pertemuan tersebut, juga telah dibincangkan hasrat Malaysia untuk menganjurkan latihan dan kursus khas APM bagi negara-negara ahli ICDO pada tahun 2027 yang bertujuan memperkukuh pembangunan kapasiti dan kerjasama latihan di peringkat serantau dan antarabangsa. Zahid Hamidi Jabatan Perdana Menteri ICDO - International Civil Defence Organisation #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02fPj6mV6eoGm8R5LHTU66PuBAiPwMvPXEjFgp1tmQtLDjL47R4ehjJWYU8BADQFh5l
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews