#KAWALAN

KENYATAAN MEDIA : KUNJUNGAN HORMAT SETIA USAHA AGUNG PERTUBUHAN PERTAHANAN AWAM ANTARABANGSA KE IBU PEJABAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tuan Arguj Kalantarli, Setia Usaha Agung Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa (International Civil Defence Organization – ICDO) ke Ibu Pejabat APM sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama strategik dalam bidang pertahanan awam dan pengurusan bencana.

APM telah menandatangani Keanggotaan Tetap dalam ICDO pada 7 Mei 2010 di Geneva, Switzerland. Pada 6 Julai 2010, Malaysia secara rasmi telah menjadi salah satu daripada 60 negara ahli ICDO. Sepanjang 15 tahun keanggotaan, Malaysia telah aktif menyertai pelbagai kursus berasaskan kemahiran, sesi latihan dan program yang dianjurkan oleh ICDO.

Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama barisan pengurusan tertinggi APM. Pertemuan ini menjadi platform penting untuk pertukaran pandangan mengenai isu-isu semasa berkaitan kesiapsiagaan bencana, pengurusan risiko, pembangunan kapasiti, latihan serta pemerkasaan kerjasama antarabangsa dalam bidang pertahanan awam.

Dalam pertemuan tersebut, juga telah dibincangkan hasrat Malaysia untuk menganjurkan latihan dan kursus khas APM bagi negara-negara ahli ICDO pada tahun 2027, bertujuan memperkukuh pembangunan kapasiti dan kerjasama latihan di peringkat serantau dan antarabangsa.

YAS Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut merakamkan penghargaan atas kunjungan dan mengucapkan sekalung tahniah kepada Setia Usaha Agung ICDO atas perlantikan bagi penggal 2025–2029.

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
19 JANUARI 2026

Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02KEXKtxYbWg95M9MKbzhJbMegN9mUBYwerENdmM3gBY5UN7VGqwJ6ABeajAjS7eRgl
#KAWALAN KENYATAAN MEDIA : KUNJUNGAN HORMAT SETIA USAHA AGUNG PERTUBUHAN PERTAHANAN AWAM ANTARABANGSA KE IBU PEJABAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tuan Arguj Kalantarli, Setia Usaha Agung Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa (International Civil Defence Organization – ICDO) ke Ibu Pejabat APM sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama strategik dalam bidang pertahanan awam dan pengurusan bencana. APM telah menandatangani Keanggotaan Tetap dalam ICDO pada 7 Mei 2010 di Geneva, Switzerland. Pada 6 Julai 2010, Malaysia secara rasmi telah menjadi salah satu daripada 60 negara ahli ICDO. Sepanjang 15 tahun keanggotaan, Malaysia telah aktif menyertai pelbagai kursus berasaskan kemahiran, sesi latihan dan program yang dianjurkan oleh ICDO. Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama barisan pengurusan tertinggi APM. Pertemuan ini menjadi platform penting untuk pertukaran pandangan mengenai isu-isu semasa berkaitan kesiapsiagaan bencana, pengurusan risiko, pembangunan kapasiti, latihan serta pemerkasaan kerjasama antarabangsa dalam bidang pertahanan awam. Dalam pertemuan tersebut, juga telah dibincangkan hasrat Malaysia untuk menganjurkan latihan dan kursus khas APM bagi negara-negara ahli ICDO pada tahun 2027, bertujuan memperkukuh pembangunan kapasiti dan kerjasama latihan di peringkat serantau dan antarabangsa. YAS Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut merakamkan penghargaan atas kunjungan dan mengucapkan sekalung tahniah kepada Setia Usaha Agung ICDO atas perlantikan bagi penggal 2025–2029. ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 19 JANUARI 2026 Zahid Hamidi Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02KEXKtxYbWg95M9MKbzhJbMegN9mUBYwerENdmM3gBY5UN7VGqwJ6ABeajAjS7eRgl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews