#KEPIMPINAN

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI APM KEPADA MENTERI SITUASI KECEMASAN REPUBLIK AZERBAIJAN

Ahad, 18 Januari 2026 - Sekitar sesi kunjungan hormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kepada Kolonel Jeneral Kamaladdin Heydarov, Menteri Situasi Kecemasan Republik Azerbaijan bertempat di Kelab Horizon (Horizon Club), Shangri-La, Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Delegasi dari Republik Azerbaijan turut disertai oleh Kolonel Vugar Gurbanov, Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Republik Azerbaijan dan Leftenan Jeneral Ilham Abdullayev, Ketua Pengarah Agensi Pertahanan Awam Republik Azerbaijan.

Kunjungan tersebut disambut baik oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam bersama delegasi daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) iaitu YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, YS PPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA dan Lt. Kol. (PA) Mohd Rohaidi bin Halim, Pegawai Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan IPPA.

Majlis kunjungan tersebut turut dihadiri barisan pegawai dari Pejabat YAB Perdana Menteri yang diwakili oleh YBrs. En. Khairy bin Maamor, Pengarah Pembangunan Pejabat Perdana Menteri dan En. Khairul Iswadi bin Ishak, Pegawai Khas Keselamatan dan Setiausaha Sulit Kanan Pejabat Pejabat Perdana Menteri.

Majlis kunjungan ini membincangkan mengenai mekanisma pengurusan bencana dan kerjasama yang boleh dicapai antara kedua-dua belah pihak melalui Agensi Pertahanan Awam Republik Azerbaijan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan sentiasa menyambut baik sebarang bentuk hasrat murni dan kolaborasi yang ingin dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada di peringkat dalam negara mahupun antarabangsa.

Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02yxKXtcv2WMdH7epqP4r225d7M1GVNRi1HGvpbvov9RUbjNVo3nx7xSPudPrsSDhBl
#KEPIMPINAN KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI APM KEPADA MENTERI SITUASI KECEMASAN REPUBLIK AZERBAIJAN Ahad, 18 Januari 2026 - Sekitar sesi kunjungan hormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kepada Kolonel Jeneral Kamaladdin Heydarov, Menteri Situasi Kecemasan Republik Azerbaijan bertempat di Kelab Horizon (Horizon Club), Shangri-La, Kuala Lumpur pada pagi tadi. Delegasi dari Republik Azerbaijan turut disertai oleh Kolonel Vugar Gurbanov, Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Republik Azerbaijan dan Leftenan Jeneral Ilham Abdullayev, Ketua Pengarah Agensi Pertahanan Awam Republik Azerbaijan. Kunjungan tersebut disambut baik oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam bersama delegasi daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) iaitu YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, YS PPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA dan Lt. Kol. (PA) Mohd Rohaidi bin Halim, Pegawai Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan IPPA. Majlis kunjungan tersebut turut dihadiri barisan pegawai dari Pejabat YAB Perdana Menteri yang diwakili oleh YBrs. En. Khairy bin Maamor, Pengarah Pembangunan Pejabat Perdana Menteri dan En. Khairul Iswadi bin Ishak, Pegawai Khas Keselamatan dan Setiausaha Sulit Kanan Pejabat Pejabat Perdana Menteri. Majlis kunjungan ini membincangkan mengenai mekanisma pengurusan bencana dan kerjasama yang boleh dicapai antara kedua-dua belah pihak melalui Agensi Pertahanan Awam Republik Azerbaijan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan sentiasa menyambut baik sebarang bentuk hasrat murni dan kolaborasi yang ingin dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada di peringkat dalam negara mahupun antarabangsa. Zahid Hamidi Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02yxKXtcv2WMdH7epqP4r225d7M1GVNRi1HGvpbvov9RUbjNVo3nx7xSPudPrsSDhBl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews