#BILIKGERAKAN

APM PEKAN TANGKAP 1,500 ULAR DALAM TEMPOH DUA TAHUN

KUANTAN: Kemahiran dimiliki anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pekan membolehkan mereka menangkap sebanyak 1,500 pelbagai spesies ular berbisa termasuk ular sawa batik dalam tempoh dua tahun.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pekan, Kapten (PA) Ahmad Azmi Nafiah berkata, tahun lalu pihaknya menangkap sebanyak 800 ular pelbagai spesies dan saiz termasuk dua ular sawa batik dengan berat lebih 100 kilogram (kg).

Menurutnya, reptilia berkenaan ditangkap selepas ditemui bersembunyi dalam rumah selain kawasan terbuka yang mengancam keselamatan penduduk setempat termasuk haiwan ternakan.

Katanya, antara spesies ular yang banyak ditangkap seperti sawa batik, sawa tikus, tedung selar, king cobra, senduk sembur dan ular rusuk kerbau selain beberapa spesies yang tidak berbisa.

“Tahun lalu kita menangkap dua ekor ular sawa batik bersaiz besar masing-masing dengan berat 120 dan 180 kg di Kampung Tanjung Batu dan 180 kg berat dengan panjang 4.60 meter di Kampung Baru Cendewasih,” katanya, di sini hari ini.

“Kita sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menangkap pelbagai spesies ular berbisa termasuk ular sawa yang mengancam keselamatan masyarakat setempat. Justeru, mereka yang berhadapan dengan reptilia itu perlu segera menghubungi APM.

“Ular akan menyerang manusia apabila terdesak termasuk ketika lapar, sebagai contoh awal bulan ini seorang kanak-kanak berumur sepuluh tahun digigit dan dibelit ular sawa batik di Kampung Temai Tengah,” katanya.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.buletintv3.my/nasional/apm-pekan-tangkap-1500-ular-dalam-tempoh-dua-tahun/

Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3

Jabatan Perdana Menteri
APM Pahang
Apm Pekan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02gtmUJFG8YrN5HogPEkuwozpZXQkFzcPa6jhBLZyUcE5sMnFzaKzg47iDdzDfpF9sl
#BILIKGERAKAN APM PEKAN TANGKAP 1,500 ULAR DALAM TEMPOH DUA TAHUN KUANTAN: Kemahiran dimiliki anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pekan membolehkan mereka menangkap sebanyak 1,500 pelbagai spesies ular berbisa termasuk ular sawa batik dalam tempoh dua tahun. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pekan, Kapten (PA) Ahmad Azmi Nafiah berkata, tahun lalu pihaknya menangkap sebanyak 800 ular pelbagai spesies dan saiz termasuk dua ular sawa batik dengan berat lebih 100 kilogram (kg). Menurutnya, reptilia berkenaan ditangkap selepas ditemui bersembunyi dalam rumah selain kawasan terbuka yang mengancam keselamatan penduduk setempat termasuk haiwan ternakan. Katanya, antara spesies ular yang banyak ditangkap seperti sawa batik, sawa tikus, tedung selar, king cobra, senduk sembur dan ular rusuk kerbau selain beberapa spesies yang tidak berbisa. “Tahun lalu kita menangkap dua ekor ular sawa batik bersaiz besar masing-masing dengan berat 120 dan 180 kg di Kampung Tanjung Batu dan 180 kg berat dengan panjang 4.60 meter di Kampung Baru Cendewasih,” katanya, di sini hari ini. “Kita sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menangkap pelbagai spesies ular berbisa termasuk ular sawa yang mengancam keselamatan masyarakat setempat. Justeru, mereka yang berhadapan dengan reptilia itu perlu segera menghubungi APM. “Ular akan menyerang manusia apabila terdesak termasuk ketika lapar, sebagai contoh awal bulan ini seorang kanak-kanak berumur sepuluh tahun digigit dan dibelit ular sawa batik di Kampung Temai Tengah,” katanya. Berita selanjutnya di sini: https://www.buletintv3.my/nasional/apm-pekan-tangkap-1500-ular-dalam-tempoh-dua-tahun/ Dipetik daripada akhbar: Buletin TV3 Jabatan Perdana Menteri APM Pahang Apm Pekan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02gtmUJFG8YrN5HogPEkuwozpZXQkFzcPa6jhBLZyUcE5sMnFzaKzg47iDdzDfpF9sl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews