#BILIKGERAKAN

APM SARATOK PERKUKUH KESIAPSIAGAAN HADAPI MTL 2026

SARATOK, 16 Jan (MalaysiaAktif) – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026 dengan memberi tumpuan kepada aspek keselamatan penduduk serta kelancaran operasi bantuan kecemasan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan (PA) Nur Athirah Batu berkata, pihaknya kini mempunyai seramai 50 anggota aktif merangkumi pegawai dan anggota yang sentiasa bersedia digerakkan pada bila-bila masa.

“Kami melaksanakan ceramah kesedaran dan latihan berkala berkaitan MTL kepada komuniti, selain melakukan pemeriksaan logistik dan aset secara konsisten serta memastikan bilik gerakan beroperasi 24 jam,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Nur Athirah, pemantauan kawasan berisiko banjir dan tanah runtuh dilakukan melalui laporan orang awam, pemantauan media sosial serta Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Aspek keselamatan anggota turut diberi keutamaan melalui taklimat keselamatan dan pengamalan prosedur operasi 3S iaitu sebelum, semasa dan selepas operasi.

Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka terhadap perubahan cuaca, mematuhi arahan pemindahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dan mendapatkan maklumat sahih daripada media serta agensi rasmi bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.

Berita selanjutnya di sini:
https://malaysiaaktif.my/2026/01/apm-saratok-perkukuh-kesiapsiagaan-hadapi-mtl-2026/

Dipetik daripada akhbar:
Malaysia Aktif

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Angkatan Pertahanan Awam Saratok

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid04NdxqVSJQsTo19VEFjExgRv1AVsiC9F89RH5hGHZ3KPSrtUSqdm1JBH8KQsZnVxJl
#BILIKGERAKAN APM SARATOK PERKUKUH KESIAPSIAGAAN HADAPI MTL 2026 SARATOK, 16 Jan (MalaysiaAktif) – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026 dengan memberi tumpuan kepada aspek keselamatan penduduk serta kelancaran operasi bantuan kecemasan. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan (PA) Nur Athirah Batu berkata, pihaknya kini mempunyai seramai 50 anggota aktif merangkumi pegawai dan anggota yang sentiasa bersedia digerakkan pada bila-bila masa. “Kami melaksanakan ceramah kesedaran dan latihan berkala berkaitan MTL kepada komuniti, selain melakukan pemeriksaan logistik dan aset secara konsisten serta memastikan bilik gerakan beroperasi 24 jam,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Menurut Nur Athirah, pemantauan kawasan berisiko banjir dan tanah runtuh dilakukan melalui laporan orang awam, pemantauan media sosial serta Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Aspek keselamatan anggota turut diberi keutamaan melalui taklimat keselamatan dan pengamalan prosedur operasi 3S iaitu sebelum, semasa dan selepas operasi. Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka terhadap perubahan cuaca, mematuhi arahan pemindahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dan mendapatkan maklumat sahih daripada media serta agensi rasmi bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga. Berita selanjutnya di sini: https://malaysiaaktif.my/2026/01/apm-saratok-perkukuh-kesiapsiagaan-hadapi-mtl-2026/ Dipetik daripada akhbar: Malaysia Aktif Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Angkatan Pertahanan Awam Saratok #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid04NdxqVSJQsTo19VEFjExgRv1AVsiC9F89RH5hGHZ3KPSrtUSqdm1JBH8KQsZnVxJl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews