#KEPIMPINAN

SESI TAKLIMAT PEMBANGUNAN PEJABAT BAHARU APM DI NEGERI SARAWAK

Jumaat, 16 Januari 2026 - Sekitar sesi taklimat yang telah dipengerusikan oleh YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) Sarawak.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan mengenai pembangunan pejabat baharu APM di negeri Sarawak.

Sesi taklimat ini juga merupakan satu langkah strategik bagi menangani isu sewaan premis sedia ada serta memastikan kemudahan pejabat yang lebih kondusif, selamat dan berfungsi mengikut keperluan operasi semasa.

Cadangan pembangunan ini turut mengambil kira keperluan ruang kerja, fasiliti sokongan, kapasiti anggota, aspek keselamatan serta perancangan jangka panjang bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan APM kepada masyarakat.

Turut hadir, YS PPj. (PA) Mohtar bin Samat, Pengarah APM Negeri Sarawak bersama Kol. Bersekutu (PA) Zarita binti Dato' Zainol Abidin, Timbalan Pengarah Bahagian Kewangan, Perolehan dan Pembangunan IPPA, Lt. Kol. (PA) Raja Muhammad Alhakim bin Raja Jaafar@Raja Yaakub, Timbalan Pengarah APM Negeri Sarawak serta Pegawai APM Negeri Sarawak.

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02hhwpEZffmPVxBV17Z8uhgmBaDJMGMtpNPkrQUzdmkZJg3Ksq9jq6ugEdpqqfNACSl
#KEPIMPINAN SESI TAKLIMAT PEMBANGUNAN PEJABAT BAHARU APM DI NEGERI SARAWAK Jumaat, 16 Januari 2026 - Sekitar sesi taklimat yang telah dipengerusikan oleh YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) Sarawak. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan mengenai pembangunan pejabat baharu APM di negeri Sarawak. Sesi taklimat ini juga merupakan satu langkah strategik bagi menangani isu sewaan premis sedia ada serta memastikan kemudahan pejabat yang lebih kondusif, selamat dan berfungsi mengikut keperluan operasi semasa. Cadangan pembangunan ini turut mengambil kira keperluan ruang kerja, fasiliti sokongan, kapasiti anggota, aspek keselamatan serta perancangan jangka panjang bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan APM kepada masyarakat. Turut hadir, YS PPj. (PA) Mohtar bin Samat, Pengarah APM Negeri Sarawak bersama Kol. Bersekutu (PA) Zarita binti Dato' Zainol Abidin, Timbalan Pengarah Bahagian Kewangan, Perolehan dan Pembangunan IPPA, Lt. Kol. (PA) Raja Muhammad Alhakim bin Raja Jaafar@Raja Yaakub, Timbalan Pengarah APM Negeri Sarawak serta Pegawai APM Negeri Sarawak. Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02hhwpEZffmPVxBV17Z8uhgmBaDJMGMtpNPkrQUzdmkZJg3Ksq9jq6ugEdpqqfNACSl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews