#BILIKGERAKAN

LEBIH 11,000 KES TANGKAPAN ULAR DIREKODKAN DI KELANTAN TAHUN LEPAS - APM

KOTA BHARU, 15 Jan (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berjaya mengendalikan sebanyak 11,641 kes tangkapan ular sepanjang tahun lepas.

Timbalan Pengarah APM Negeri Kelantan, Lt. Kol. (PA) Mohd Farid Ishak berkata jajahan Kota Bharu merekodkan jumlah tangkapan ular tertinggi, iaitu 5,327 kes, diikuti Bachok (2,914 kes) dan Machang (2,749 kes).

"Kita terima sebanyak 25,218 kes panggilan kecemasan dan jumlah ini termasuk panggilan melibatkan kehadiran reptilia (ular) itu di kawasan kediaman dan tempat awam.

"Semua ular yang ditangkap diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan bagi tindakan lanjut termasuk pelepasan semula mengikut prosedur ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Farid berkata APM Negeri Kelantan turut mengendalikan 6,554 kes memusnahkan sarang serangga, 2,934 kes menangkap haiwan liar dan 1,256 kes melibatkan pesakit atau orang sakit.

Beliau berkata 849 kes lagi yang dikendalikan APM pada tahun lepas melibatkan kejadian pokok tumbang, diikuti 532 kes kemalangan jalan raya dan 399 kes membabitkan haiwan peliharaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan situasi melibatkan haiwan berbahaya, sebaliknya segera menghubungi talian kecemasan APM. -- BERNAMA

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bernama.com/bm/wilayah/news.php?id=2512833

Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0NSWWHKkwxW8C6rJJKMuCq3tYKLEahUyYfaaxAfTznxxVc284YREeWTCTYwZHMuoTl
#BILIKGERAKAN LEBIH 11,000 KES TANGKAPAN ULAR DIREKODKAN DI KELANTAN TAHUN LEPAS - APM KOTA BHARU, 15 Jan (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berjaya mengendalikan sebanyak 11,641 kes tangkapan ular sepanjang tahun lepas. Timbalan Pengarah APM Negeri Kelantan, Lt. Kol. (PA) Mohd Farid Ishak berkata jajahan Kota Bharu merekodkan jumlah tangkapan ular tertinggi, iaitu 5,327 kes, diikuti Bachok (2,914 kes) dan Machang (2,749 kes). "Kita terima sebanyak 25,218 kes panggilan kecemasan dan jumlah ini termasuk panggilan melibatkan kehadiran reptilia (ular) itu di kawasan kediaman dan tempat awam. "Semua ular yang ditangkap diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan bagi tindakan lanjut termasuk pelepasan semula mengikut prosedur ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd Farid berkata APM Negeri Kelantan turut mengendalikan 6,554 kes memusnahkan sarang serangga, 2,934 kes menangkap haiwan liar dan 1,256 kes melibatkan pesakit atau orang sakit. Beliau berkata 849 kes lagi yang dikendalikan APM pada tahun lepas melibatkan kejadian pokok tumbang, diikuti 532 kes kemalangan jalan raya dan 399 kes membabitkan haiwan peliharaan. Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan situasi melibatkan haiwan berbahaya, sebaliknya segera menghubungi talian kecemasan APM. -- BERNAMA Berita selanjutnya di sini: https://www.bernama.com/bm/wilayah/news.php?id=2512833 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0NSWWHKkwxW8C6rJJKMuCq3tYKLEahUyYfaaxAfTznxxVc284YREeWTCTYwZHMuoTl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews