#BILIKGERAKAN

APM SRI AMAN HANTAR 221 PEK BEKALAN MAKANAN MANGSA BANJIR DI PANTU

SIMANGGANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman melaksanakan operasi penghantaran bekalan makanan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi terjejas di Daerah Pantu, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan (PA) Kamal Bujang berkata operasi tersebut bermula seawal 9.30 pagi dengan pengambilan bekalan makanan di pasar raya Bandar Simanggang sebelum dihantar ke kawasan sasaran.

Menurut beliau, operasi berkenaan melibatkan lima anggota APM iaitu Sjn. Mej. (PA) Sprin Joe Musa, Lans Koperal (PA) Ngalai Lajan, Pbt. (PA) Abang Ameelruldin, Pbt. (PA) Mohd Afiq Daniel dan Pbt. (PA) Danster Nachang.

Selain APM, operasi itu turut mendapat kerjasama pelbagai agensi lain termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Keselamatan dan Perlindungan Negeri Sarawak (UKPNS) serta Pejabat Daerah Pantu.

Beliau berkata sebanyak 174 pek makanan dibawa ke Pejabat Daerah Pantu sebelum diagihkan kepada penduduk terjejas banjir di beberapa rumah panjang dan kampung sekitar kawasan berkenaan.

“Sebanyak 54 pek makanan diserahkan kepada penduduk Rumah John Ade di Kampung Empaling, manakala 120 pek makanan diagihkan kepada penduduk Rumah Miah Munggu Ridan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, penghantaran seterusnya melibatkan Rumah Kechil di Kampung Isu Entawa dengan penyerahan sebanyak 47 pek makanan kepada penduduk terlibat sebelum pasukan bergerak semula ke Pejabat Daerah Pantu.

Leftenan (PA) Kamal berkata keseluruhan operasi menggunakan sebuah lori Hicom berjalan lancar dan selesai sepenuhnya pada 4.20 petang.

Berita selanjutnya di sini:
https://utusansarawak.com.my/apm-sri-aman-hantar-221-pek-bekalan-makanan-mangsa-banjir-di-pantu/

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM SRI AMAN PAGE

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0zJJiyhHqzMBVpDdkmBBKj2zgnFN9GNXXoLYDqw4SQAsSJRaQUah7Z6YGZcKiEZYMl
#BILIKGERAKAN APM SRI AMAN HANTAR 221 PEK BEKALAN MAKANAN MANGSA BANJIR DI PANTU SIMANGGANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman melaksanakan operasi penghantaran bekalan makanan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi terjejas di Daerah Pantu, hari ini. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan (PA) Kamal Bujang berkata operasi tersebut bermula seawal 9.30 pagi dengan pengambilan bekalan makanan di pasar raya Bandar Simanggang sebelum dihantar ke kawasan sasaran. Menurut beliau, operasi berkenaan melibatkan lima anggota APM iaitu Sjn. Mej. (PA) Sprin Joe Musa, Lans Koperal (PA) Ngalai Lajan, Pbt. (PA) Abang Ameelruldin, Pbt. (PA) Mohd Afiq Daniel dan Pbt. (PA) Danster Nachang. Selain APM, operasi itu turut mendapat kerjasama pelbagai agensi lain termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Keselamatan dan Perlindungan Negeri Sarawak (UKPNS) serta Pejabat Daerah Pantu. Beliau berkata sebanyak 174 pek makanan dibawa ke Pejabat Daerah Pantu sebelum diagihkan kepada penduduk terjejas banjir di beberapa rumah panjang dan kampung sekitar kawasan berkenaan. “Sebanyak 54 pek makanan diserahkan kepada penduduk Rumah John Ade di Kampung Empaling, manakala 120 pek makanan diagihkan kepada penduduk Rumah Miah Munggu Ridan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Tambahnya, penghantaran seterusnya melibatkan Rumah Kechil di Kampung Isu Entawa dengan penyerahan sebanyak 47 pek makanan kepada penduduk terlibat sebelum pasukan bergerak semula ke Pejabat Daerah Pantu. Leftenan (PA) Kamal berkata keseluruhan operasi menggunakan sebuah lori Hicom berjalan lancar dan selesai sepenuhnya pada 4.20 petang. Berita selanjutnya di sini: https://utusansarawak.com.my/apm-sri-aman-hantar-221-pek-bekalan-makanan-mangsa-banjir-di-pantu/ Dipetik daripada akhbar: Utusan Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM SRI AMAN PAGE #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0zJJiyhHqzMBVpDdkmBBKj2zgnFN9GNXXoLYDqw4SQAsSJRaQUah7Z6YGZcKiEZYMl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews