#BILIKGERAKAN

266 KELUARGA MANGSA BANJIR DAPAT BANTUAN MAKANAN

PANTU: Penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah ini menerima bantuan makanan kering yang disalurkan hari ini.

Operasi itu diselenggarakan dengan kerjasama beberapa agensi iaitu Pejabat Daerah Pantu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak.

Sebanyak 266 pek bantuan diagihkan di beberapa kawasan terjejas termasuk di Jalan Munggu Ridan, Jalan Isu, Gayau, Empaling dan Sapak. Bantuan tersebut merangkumi rumah panjang dan penempatan penduduk yang terkesan.

Di Jalan Munggu Ridan, bantuan disalurkan kepada penduduk di Rumah Panjang Bonny, Sungai Mansau dan Rumah Panjang Miah, melibatkan 165 pek bantuan untuk Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah.

Sementara di kawasan Jalan Isu, Gayau, Empaling dan Sapak, agihan dibuat kepada penduduk di Rumah Panjang Kechil Kampung Isu Entawa dan Rumah Panjang John Ade Kampung Empaling, melibatkan 101 pek bantuan.

Berita selanjutnya di sini:
https://suarasarawak.my/266-keluarga-mangsa-banjir-dapat-bantuan-makanan/

Dipetik daripada akhbar:
Suara Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02uL6kHdeSbD9X2frd265oPv6DVLhTehVD1mBCFRsgam5xE7CYhJkDwuvnEDjnYwhVl
#BILIKGERAKAN 266 KELUARGA MANGSA BANJIR DAPAT BANTUAN MAKANAN PANTU: Penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah ini menerima bantuan makanan kering yang disalurkan hari ini. Operasi itu diselenggarakan dengan kerjasama beberapa agensi iaitu Pejabat Daerah Pantu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak. Sebanyak 266 pek bantuan diagihkan di beberapa kawasan terjejas termasuk di Jalan Munggu Ridan, Jalan Isu, Gayau, Empaling dan Sapak. Bantuan tersebut merangkumi rumah panjang dan penempatan penduduk yang terkesan. Di Jalan Munggu Ridan, bantuan disalurkan kepada penduduk di Rumah Panjang Bonny, Sungai Mansau dan Rumah Panjang Miah, melibatkan 165 pek bantuan untuk Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah. Sementara di kawasan Jalan Isu, Gayau, Empaling dan Sapak, agihan dibuat kepada penduduk di Rumah Panjang Kechil Kampung Isu Entawa dan Rumah Panjang John Ade Kampung Empaling, melibatkan 101 pek bantuan. Berita selanjutnya di sini: https://suarasarawak.my/266-keluarga-mangsa-banjir-dapat-bantuan-makanan/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02uL6kHdeSbD9X2frd265oPv6DVLhTehVD1mBCFRsgam5xE7CYhJkDwuvnEDjnYwhVl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews