#BILIKGERAKAN
MANGSA BANJIR SELANGAU TERIMA SUMBANGAN DI PPS BUKIT ARIP
MUKAH, 11 Jan: Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Arip menerima sumbangan bakul makanan dan pakaian, hari ini.
Penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Residen Bahagian Sibu, Mohamad Porkan Abang Budiman, sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mangsa yang terjejas.
Dalam lawatan tersebut, Mohamad Porkan turut meninjau keadaan di PPS bagi memastikan semua keperluan asas mangsa dapat disediakan dengan baik serta pengurusan pusat pemindahan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Terdahulu, beliau mendengar taklimat ringkas daripada Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berhubung situasi semasa banjir dan operasi pemindahan yang sedang dijalankan.
Menurut Muhamad Rizal, jumlah mangsa di PPS kini meningkat kepada 238 orang selepas tiga kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Arip turut dipindahkan berikutan paras air di kawasan berkenaan yang terus meningkat sejak semalam.
Katanya, semua mangsa yang terjejas terdiri daripada penduduk tiga rumah panjang iaitu Rumah Jambai, Rumah Janting dan Rumah David.
“Operasi pemindahan berjalan lancar hasil kerjasama erat pelbagai agensi yang terlibat, termasuk bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Berita selanjutnya di sini:
https://www.tvsarawak.my/2026/01/11/mangsa-banjir-selangau-terima-sumbangan-di-pps-bukit-arip/
Dipetik daripada akhbar:
TVS
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02MKkFNgfLAaDQXL9SQ5m6MH6ForzrfC6sveVknuCHC15uwaNqeCXzXgjb3g68pt4el