#BILIKGERAKAN

BANJIR SARAWAK: 3,031 MANGSA DIPINDAHKAN, 42 PPS AKTIF LIBATKAN 14 DAERAH

KUCHING: Keadaan banjir di negeri Sarawak terus menunjukkan trend membimbangkan apabila seramai 3,031 mangsa daripada 876 Ketua Isi Rumah (KIR) masih ditempatkan di 42 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 14 daerah setakat 11.00 pagi tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, tujuh bahagian dikenal pasti terjejas akibat banjir iaitu Serian, Samarahan, Kuching, Mukah, Miri, Bintulu dan Sibu, dengan Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi setakat ini.

APM berkata, pembukaan PPS dibuat secara berperingkat bermula 8 Januari, dengan sebahagian pusat merekodkan peningkatan jumlah mangsa, khususnya di beberapa lokasi di Serian dan Kuching.

Bagaimanapun, menurut APM, terdapat juga PPS yang mencatatkan trend menurun atau kekal, menunjukkan situasi banjir di sesetengah kawasan mula stabil, bergantung kepada paras air dan keadaan cuaca semasa.

APM turut memaklumkan bahawa operasi pemindahan mangsa dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa tempatan.

“Keutamaan diberikan kepada keselamatan mangsa, khususnya warga emas, kanak-kanak dan golongan rentan, selain memastikan kebajikan mereka terjaga di PPS,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, APM menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke PPS sekiranya diarahkan.

Berita selanjutnya di sini:
https://utusansarawak.com.my/banjir-sarawak-3031-mangsa-dipindahkan-42-pps-aktif-libatkan-14-daerah/

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02ntGrP8pzd3eqMx1wTHqQosubskH3Bp5Ym9SQnWZmbHbVRWW1VMLprULi8pXm7EeEl
#BILIKGERAKAN BANJIR SARAWAK: 3,031 MANGSA DIPINDAHKAN, 42 PPS AKTIF LIBATKAN 14 DAERAH KUCHING: Keadaan banjir di negeri Sarawak terus menunjukkan trend membimbangkan apabila seramai 3,031 mangsa daripada 876 Ketua Isi Rumah (KIR) masih ditempatkan di 42 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 14 daerah setakat 11.00 pagi tadi. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, tujuh bahagian dikenal pasti terjejas akibat banjir iaitu Serian, Samarahan, Kuching, Mukah, Miri, Bintulu dan Sibu, dengan Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi setakat ini. APM berkata, pembukaan PPS dibuat secara berperingkat bermula 8 Januari, dengan sebahagian pusat merekodkan peningkatan jumlah mangsa, khususnya di beberapa lokasi di Serian dan Kuching. Bagaimanapun, menurut APM, terdapat juga PPS yang mencatatkan trend menurun atau kekal, menunjukkan situasi banjir di sesetengah kawasan mula stabil, bergantung kepada paras air dan keadaan cuaca semasa. APM turut memaklumkan bahawa operasi pemindahan mangsa dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa tempatan. “Keutamaan diberikan kepada keselamatan mangsa, khususnya warga emas, kanak-kanak dan golongan rentan, selain memastikan kebajikan mereka terjaga di PPS,” menurut kenyataan itu. Dalam pada itu, APM menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke PPS sekiranya diarahkan. Berita selanjutnya di sini: https://utusansarawak.com.my/banjir-sarawak-3031-mangsa-dipindahkan-42-pps-aktif-libatkan-14-daerah/ Dipetik daripada akhbar: Utusan Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02ntGrP8pzd3eqMx1wTHqQosubskH3Bp5Ym9SQnWZmbHbVRWW1VMLprULi8pXm7EeEl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews