#BILIKGERAKAN

ANGGOTA APM SARATOK BERJAYA PINDAHKAN WARGA EMAS TERKANDAS BANJIR

SARATOK: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok berjaya membawa keluar seorang warga emas yang terkandas akibat banjir di Rumah Patricia, Sungai Bangkung, Kabo, hari ini.

Menurut Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan (PA) Nur Athirah Batu, operasi pemindahan dilaksanakan sebaik pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin.

Beliau berkata, keadaan air di lokasi berkenaan menyukarkan pergerakan mangsa, sekali gus memerlukan bantuan segera pasukan APM untuk memindahkan warga emas tersebut ke kawasan yang lebih selamat.

“Tindakan pantas anggota APM telah membolehkan mangsa dipindahkan tanpa sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Operasi pemindahan itu melibatkan beberapa anggota APM yang dilengkapi peralatan keselamatan asas dan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Nur Athirah turut memaklumkan bahawa situasi di lokasi kejadian adalah terkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang operasi dijalankan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan menghubungi APM Daerah Saratok di talian 083-436094 atau talian kecemasan 999 sekiranya menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Berita selanjutnya di sini:
https://utusansarawak.com.my/anggota-apm-saratok-berjaya-pindahkan-warga-emas-terkandas-banjir/

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Angkatan Pertahanan Awam Saratok

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid032KAF7KxXusJXhwc9bNGG9N596KyCAMhPtQmTBY5cofAiqDi5Ki2jrQBzi2QTy6ydl
#BILIKGERAKAN ANGGOTA APM SARATOK BERJAYA PINDAHKAN WARGA EMAS TERKANDAS BANJIR SARATOK: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok berjaya membawa keluar seorang warga emas yang terkandas akibat banjir di Rumah Patricia, Sungai Bangkung, Kabo, hari ini. Menurut Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan (PA) Nur Athirah Batu, operasi pemindahan dilaksanakan sebaik pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin. Beliau berkata, keadaan air di lokasi berkenaan menyukarkan pergerakan mangsa, sekali gus memerlukan bantuan segera pasukan APM untuk memindahkan warga emas tersebut ke kawasan yang lebih selamat. “Tindakan pantas anggota APM telah membolehkan mangsa dipindahkan tanpa sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan selamat,” katanya. Operasi pemindahan itu melibatkan beberapa anggota APM yang dilengkapi peralatan keselamatan asas dan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan. Nur Athirah turut memaklumkan bahawa situasi di lokasi kejadian adalah terkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang operasi dijalankan. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan menghubungi APM Daerah Saratok di talian 083-436094 atau talian kecemasan 999 sekiranya menghadapi sebarang situasi kecemasan. Berita selanjutnya di sini: https://utusansarawak.com.my/anggota-apm-saratok-berjaya-pindahkan-warga-emas-terkandas-banjir/ Dipetik daripada akhbar: Utusan Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Angkatan Pertahanan Awam Saratok #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid032KAF7KxXusJXhwc9bNGG9N596KyCAMhPtQmTBY5cofAiqDi5Ki2jrQBzi2QTy6ydl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews