#BILIKGERAKAN

PENDUDUK KAWASAN RENDAH, KERAP BANJIR DINASIHAT SENTIASA PEKA KEADAAN CUACA

MATU: Penduduk yang tinggal di kawasan rendah serta di kampung yang sering dilanda banjir dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap keadaan cuaca.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Matu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa paras air di beberapa kawasan pemantauan menunjukkan trend menurun.

Menurutnya, lokasi pemantauan melibatkan Kampung Tian, Taman Sejahtera, Kampung Jemoreng, Kampung Bertong, Pekan Matu, Kampung Sekaan Besar, Kampung Berjaya, Kampung Sok, Jalan SMK Matu dan Jalan Jemoreng Bawang (Passin).

“Manakala pemantauan di Kampung Sekaan Kecil dan Kampung Bawang didapati berada dalam keadaan statik,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk dinasihatkan supaya segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Matu di talian 084-832208 yang beroperasi 24 jam sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.utusanborneo.com.my/2026/01/11/penduduk-kawasan-rendah-kerap-banjir-dinasihat-sentiasa-peka-keadaan-cuaca

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Borneo Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Apm Matu

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Whiq8AzkNXatsGWZRdsUQFMUsGe11gUDsqyqNmVnmxVMf34ghXRc8n6RG8NZrhRil
#BILIKGERAKAN PENDUDUK KAWASAN RENDAH, KERAP BANJIR DINASIHAT SENTIASA PEKA KEADAAN CUACA MATU: Penduduk yang tinggal di kawasan rendah serta di kampung yang sering dilanda banjir dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap keadaan cuaca. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Matu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa paras air di beberapa kawasan pemantauan menunjukkan trend menurun. Menurutnya, lokasi pemantauan melibatkan Kampung Tian, Taman Sejahtera, Kampung Jemoreng, Kampung Bertong, Pekan Matu, Kampung Sekaan Besar, Kampung Berjaya, Kampung Sok, Jalan SMK Matu dan Jalan Jemoreng Bawang (Passin). “Manakala pemantauan di Kampung Sekaan Kecil dan Kampung Bawang didapati berada dalam keadaan statik,” katanya. Sehubungan itu, penduduk dinasihatkan supaya segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Matu di talian 084-832208 yang beroperasi 24 jam sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Berita selanjutnya di sini: https://www.utusanborneo.com.my/2026/01/11/penduduk-kawasan-rendah-kerap-banjir-dinasihat-sentiasa-peka-keadaan-cuaca Dipetik daripada akhbar: Utusan Borneo Online Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Apm Matu #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Whiq8AzkNXatsGWZRdsUQFMUsGe11gUDsqyqNmVnmxVMf34ghXRc8n6RG8NZrhRil
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews