#OPERASI

KING COBRA BAHAM, MUNTAHKAN BALIK ULAR TEDUNG SENDUK

SIK: Orang ramai dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung selar yang menelan ular tedung senduk di kawasan sebuah pusat latihan memandu di sini, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 tengah hari sebelum sepasukan anggota diketuai Sarjan (PA) Nurul Shuhadak Othman bergegas ke lokasi.

Setiba di lokasi, katanya, pasukan dimaklumkan bahawa 'King Cobra' telah memuntahkan semula ular senduk yang ditelan, sebelum bersembunyi di balik pokok sawit berhampiran.

Beliau berkata, anggota APM mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengesan King Cobra itu dan akhirnya berjaya menangkap ular sepanjang empat meter dengan berat sembilan kilogram (kg) itu.

"Ular tedung senduk yang ditelan dan dimuntahkan balik oleh King Cobra itu pula didapati berada dalam keadaan lemah serta kurang agresif, dipercayai dipatuk ular tedung selar berkenaan.

"Kedua-dua reptilia itu kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Sik sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, orang awam di daerah ini boleh menghubungi APM Sik melalui talian 010-8177991 atau talian kecemasan 999 sekiranya berlaku kejadian kecemasan.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/08/1431416/king-cobra-baham-muntahkan-balik-ular-tedung-senduk#

Dipetik daripada akhbar:
Berita Harian Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah
APM Daerah SIK

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0HmLhLs7SymCmaRiHMhVoQJLuFM87yrAqYB8yYqwGrTvgHzpeY46Vf2KyvMMWFNVWl
#OPERASI KING COBRA BAHAM, MUNTAHKAN BALIK ULAR TEDUNG SENDUK SIK: Orang ramai dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung selar yang menelan ular tedung senduk di kawasan sebuah pusat latihan memandu di sini, hari ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 tengah hari sebelum sepasukan anggota diketuai Sarjan (PA) Nurul Shuhadak Othman bergegas ke lokasi. Setiba di lokasi, katanya, pasukan dimaklumkan bahawa 'King Cobra' telah memuntahkan semula ular senduk yang ditelan, sebelum bersembunyi di balik pokok sawit berhampiran. Beliau berkata, anggota APM mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengesan King Cobra itu dan akhirnya berjaya menangkap ular sepanjang empat meter dengan berat sembilan kilogram (kg) itu. "Ular tedung senduk yang ditelan dan dimuntahkan balik oleh King Cobra itu pula didapati berada dalam keadaan lemah serta kurang agresif, dipercayai dipatuk ular tedung selar berkenaan. "Kedua-dua reptilia itu kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Sik sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut," katanya. Beliau berkata, orang awam di daerah ini boleh menghubungi APM Sik melalui talian 010-8177991 atau talian kecemasan 999 sekiranya berlaku kejadian kecemasan. Berita selanjutnya di sini: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/08/1431416/king-cobra-baham-muntahkan-balik-ular-tedung-senduk# Dipetik daripada akhbar: Berita Harian Online Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah APM Daerah SIK #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0HmLhLs7SymCmaRiHMhVoQJLuFM87yrAqYB8yYqwGrTvgHzpeY46Vf2KyvMMWFNVWl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews