#BILIKGERAKAN

BANJIR SABAH: JAMBATAN RUNTUH DI TENOM, BANJIR JEJAS TIGA DAERAH

KOTA KINABALU: Kejadian banjir akibat hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan sebuah jambatan runtuh di Jalan Kungkular Tilis, Kampung Tili, Tenom, sekali gus menjejaskan pergerakan penduduk setempat.

Bencana banjir itu turut mengakibatkan beberapa kawasan lain di Sabah terjejas, dengan Beaufort, Kota Kinabalu dan Kota Belud dikenal pasti sebagai daerah terlibat setakat tengah hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan jumlah penduduk terjejas banjir di negeri itu menunjukkan peningkatan, dengan 534 orang daripada 187 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi, berbanding 513 mangsa daripada 177 KIR pada jam 8 pagi tadi.

“Setakat ini, tiga daerah terlibat dengan kejadian banjir dan empat pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa,” menurut kenyataan JPBN Sabah di sini, hari ini.

JPBN Sabah turut memaklumkan situasi banjir di Beaufort dan Kota Kinabalu menunjukkan trend peningkatan, manakala keadaan di Kota Belud kekal setakat laporan terakhir, dengan tiada kematian dilaporkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah mengesahkan kejadian tular membabitkan Kampung Sungoi Laut, Kota Marudu, adalah insiden pasca banjir yang tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Kejadian itu berlaku di Kampung Sungai Laut dan pengesahan diterima daripada pemimpin kampung, dengan tiada melibatkan kemalangan jiwa. Tindakan bantuan pasca banjir akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Marudu,” menurut jurucakap APM Negeri Sabah ketika dihubungi Buletin TV3.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.buletintv3.my/nasional/banjir-sabah-jambatan-runtuh-di-tenom-banjir-jejas-tiga-daerah/

Dipetik daripada akhbar:
Buletin TV3

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
APM Tenom

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ijFN152Z96Lp7gHeTpD1aFn4aUpf3136ofAzmQHuZgCt8UWYzR6YNDb6c5B89i6il
#BILIKGERAKAN BANJIR SABAH: JAMBATAN RUNTUH DI TENOM, BANJIR JEJAS TIGA DAERAH KOTA KINABALU: Kejadian banjir akibat hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan sebuah jambatan runtuh di Jalan Kungkular Tilis, Kampung Tili, Tenom, sekali gus menjejaskan pergerakan penduduk setempat. Bencana banjir itu turut mengakibatkan beberapa kawasan lain di Sabah terjejas, dengan Beaufort, Kota Kinabalu dan Kota Belud dikenal pasti sebagai daerah terlibat setakat tengah hari ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan jumlah penduduk terjejas banjir di negeri itu menunjukkan peningkatan, dengan 534 orang daripada 187 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi, berbanding 513 mangsa daripada 177 KIR pada jam 8 pagi tadi. “Setakat ini, tiga daerah terlibat dengan kejadian banjir dan empat pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa,” menurut kenyataan JPBN Sabah di sini, hari ini. JPBN Sabah turut memaklumkan situasi banjir di Beaufort dan Kota Kinabalu menunjukkan trend peningkatan, manakala keadaan di Kota Belud kekal setakat laporan terakhir, dengan tiada kematian dilaporkan. Dalam perkembangan berkaitan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah mengesahkan kejadian tular membabitkan Kampung Sungoi Laut, Kota Marudu, adalah insiden pasca banjir yang tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. “Kejadian itu berlaku di Kampung Sungai Laut dan pengesahan diterima daripada pemimpin kampung, dengan tiada melibatkan kemalangan jiwa. Tindakan bantuan pasca banjir akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Marudu,” menurut jurucakap APM Negeri Sabah ketika dihubungi Buletin TV3. Berita selanjutnya di sini: https://www.buletintv3.my/nasional/banjir-sabah-jambatan-runtuh-di-tenom-banjir-jejas-tiga-daerah/ Dipetik daripada akhbar: Buletin TV3 Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah APM Tenom #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ijFN152Z96Lp7gHeTpD1aFn4aUpf3136ofAzmQHuZgCt8UWYzR6YNDb6c5B89i6il
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews