#BILIKGERAKAN

TUJUH KAMPUNG DI TENOM DINAIKI AIR

TENOM: Sebanyak tujuh kampung di daerah Tenom dilaporkan dinaiki air berikutan hujan tidak menentu sejak Khamis lalu yang menyebabkan limpahan Sungai Padas serta sungai-sungai kecil di kawasan berkenaan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tenom dalam kenyataan memaklumkan, antara kampung terlibat ialah Kampung Enubai (Jalan Labut), Kampung Ponontomon, Kampung Ponontomon Tanjung, Kampung Pantungon Saga, Kampung Mandalom Lama, Kampung Tumantalik dan Kampung Pantongan Sapong.

Menurut kenyataan itu, beberapa kawasan kampung terjejas teruk sehingga tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan, manakala laluan di Kampung Ponontomon hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda (4×4).

Bacaan paras air Sungai Padas pada jam 11.41 pagi merekodkan 176.41 meter, melepasi paras amaran iaitu 176.25 meter dan menunjukkan trend air masih menaik. Paras bahaya sungai tersebut ditetapkan pada 177.00 meter.

Meskipun situasi banjir melibatkan beberapa penempatan penduduk, setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka, selain tiada laporan jalan terputus, sekolah terjejas, kejadian tanah runtuh, kes kecemasan atau fasiliti kesihatan terlibat.

Keadaan cuaca di Tenom dilaporkan mendung dan pemantauan akan terus dijalankan berikutan risiko peningkatan paras air sekiranya hujan berterusan.

Menurut APM lagi, pasukan operasi daerah kini berada dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan, khususnya sekiranya keadaan banjir bertambah buruk. – SABAH MEDIA

Berita selanjutnya di sini:
https://sabahmedia.com/2026/01/04/tujuh-kampung-di-tenom-dinaiki-air/

Dipetik daripada akhbar:
Sabah Media

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
APM Tenom

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02t9WstMfyaF1CTyR7qsXvydF918oKNhXw4sHSEAt61vVZhg68nShYUY76kXEbXhfil
#BILIKGERAKAN TUJUH KAMPUNG DI TENOM DINAIKI AIR TENOM: Sebanyak tujuh kampung di daerah Tenom dilaporkan dinaiki air berikutan hujan tidak menentu sejak Khamis lalu yang menyebabkan limpahan Sungai Padas serta sungai-sungai kecil di kawasan berkenaan. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tenom dalam kenyataan memaklumkan, antara kampung terlibat ialah Kampung Enubai (Jalan Labut), Kampung Ponontomon, Kampung Ponontomon Tanjung, Kampung Pantungon Saga, Kampung Mandalom Lama, Kampung Tumantalik dan Kampung Pantongan Sapong. Menurut kenyataan itu, beberapa kawasan kampung terjejas teruk sehingga tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan, manakala laluan di Kampung Ponontomon hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda (4×4). Bacaan paras air Sungai Padas pada jam 11.41 pagi merekodkan 176.41 meter, melepasi paras amaran iaitu 176.25 meter dan menunjukkan trend air masih menaik. Paras bahaya sungai tersebut ditetapkan pada 177.00 meter. Meskipun situasi banjir melibatkan beberapa penempatan penduduk, setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka, selain tiada laporan jalan terputus, sekolah terjejas, kejadian tanah runtuh, kes kecemasan atau fasiliti kesihatan terlibat. Keadaan cuaca di Tenom dilaporkan mendung dan pemantauan akan terus dijalankan berikutan risiko peningkatan paras air sekiranya hujan berterusan. Menurut APM lagi, pasukan operasi daerah kini berada dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan, khususnya sekiranya keadaan banjir bertambah buruk. – SABAH MEDIA Berita selanjutnya di sini: https://sabahmedia.com/2026/01/04/tujuh-kampung-di-tenom-dinaiki-air/ Dipetik daripada akhbar: Sabah Media Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah APM Tenom #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02t9WstMfyaF1CTyR7qsXvydF918oKNhXw4sHSEAt61vVZhg68nShYUY76kXEbXhfil
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews