#BILIKGERAKAN

JUMLAH MANGSA BANJIR DI SABAH MENINGKAT

KOTA KINABALU, 4 Jan: Jumlah mangsa di negeri Sabah mencatatkan peningkatan kepada 498 orang daripada 160 Ketua Isi Rumah (KIR) setakat jam 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan kemas kini Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah (SDCC) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ia meningkat berbanding sekitar 315 penduduk terjejas yang direkodkan semalam.

Sehingga semalam, banjir tertumpu di Beaufort sebelum Kota Kinabalu diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir pada jam 9 malam, sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah mangsa dan pembukaan PPS baharu.

Setakat ini, dua daerah terjejas iaitu Beaufort dan Kota Kinabalu melibatkan sembilan kampung dengan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi.

Di Beaufort, seramai 316 penduduk daripada 114 KIR dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon, manakala di Kota Kinabalu, 182 penduduk daripada 46 KIR ditempatkan di Dewan Masjid Al Munir, Kampung Darau, Manggatal.

Walaupun jumlah mangsa meningkat berbanding semalam, tiada kematian dilaporkan dan pihak berkuasa mengesahkan tiada penduduk terperangkap di luar PPS setakat ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada memandangkan hujan dan ribut petir masih diramal berlaku di beberapa kawasan di negeri Sabah khususnya di kawasan rendah dan berhampiran sungai.-TVS

Berita selanjutnya di sini:
https://www.tvsarawak.my/2026/01/04/jumlah-mangsa-banjir-di-sabah-meningkat/

Dipetik daripada akhbar:
TVS

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Yi98fSSfSpy27QjrbNVnU6zxMQKvCEp8r2EmGd9FhFGsrHHhVaEQiYxrsLC1JERBl
#BILIKGERAKAN JUMLAH MANGSA BANJIR DI SABAH MENINGKAT KOTA KINABALU, 4 Jan: Jumlah mangsa di negeri Sabah mencatatkan peningkatan kepada 498 orang daripada 160 Ketua Isi Rumah (KIR) setakat jam 12 tengah hari tadi. Berdasarkan kemas kini Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah (SDCC) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ia meningkat berbanding sekitar 315 penduduk terjejas yang direkodkan semalam. Sehingga semalam, banjir tertumpu di Beaufort sebelum Kota Kinabalu diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir pada jam 9 malam, sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah mangsa dan pembukaan PPS baharu. Setakat ini, dua daerah terjejas iaitu Beaufort dan Kota Kinabalu melibatkan sembilan kampung dengan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi. Di Beaufort, seramai 316 penduduk daripada 114 KIR dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon, manakala di Kota Kinabalu, 182 penduduk daripada 46 KIR ditempatkan di Dewan Masjid Al Munir, Kampung Darau, Manggatal. Walaupun jumlah mangsa meningkat berbanding semalam, tiada kematian dilaporkan dan pihak berkuasa mengesahkan tiada penduduk terperangkap di luar PPS setakat ini. Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada memandangkan hujan dan ribut petir masih diramal berlaku di beberapa kawasan di negeri Sabah khususnya di kawasan rendah dan berhampiran sungai.-TVS Berita selanjutnya di sini: https://www.tvsarawak.my/2026/01/04/jumlah-mangsa-banjir-di-sabah-meningkat/ Dipetik daripada akhbar: TVS Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Yi98fSSfSpy27QjrbNVnU6zxMQKvCEp8r2EmGd9FhFGsrHHhVaEQiYxrsLC1JERBl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews