#BILIKGERAKAN

RANTAU PANJANG ANTARA KAMPUNG TERAKHIR TERJEJAS BANJIR

KUCHING: Kampung Rantau Panjang yang terletak di tebing Sungai Sarawak menjadi antara kampung terakhir terjejas banjir kali ini berikutan kejayaan Projek Perlindungan Tebing Sungai Fasa 1 bernilai RM13.15 juta yang telah siap dilaksanakan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, situasi lebih baik dijangka berlaku apabila projek Fasa 2 dengan peruntukan RM31 juta mula dilaksanakan tahun ini.

“Projek ini akan merangkumi pembinaan 500 meter tebatan tambahan yang akan bersambung dengan Fasa 1. Langkah ini dipercayai dapat mengurangkan impak banjir di kampung tersebut,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

“Operasi pemindahan dan bantuan diselaraskan oleh pelbagai agensi negeri dan persekutuan termasuk pihak berkuasa tempatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

“Saya amat menghargai semangat kerjasama sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti MREC dan Baitumal serta syarikat swasta yang segera membantu menyediakan makanan, air minuman dan tilam kepada mangsa banjir,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas lawatan dan sokongan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta pemimpin lain ke PPS berkenaan.

Dr Sim menggesa penduduk supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir dan memanjatkan doa agar hujan berhenti, khususnya menjelang fenomena ‘king tide’ dalam beberapa hari akan datang.

Berita selanjutnya di sini:
https://suarasarawak.my/rantau-panjang-antara-kampung-terakhir-terjejas-banjir/

Dipetik daripada akhbar:
Suara Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Kuching

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Eg1zDKUcS4umtgQd8FMoPMJkv2wv4avGMtMtNtRodMiYnsdDAHhfPTqLP2yxEiGPl
#BILIKGERAKAN RANTAU PANJANG ANTARA KAMPUNG TERAKHIR TERJEJAS BANJIR KUCHING: Kampung Rantau Panjang yang terletak di tebing Sungai Sarawak menjadi antara kampung terakhir terjejas banjir kali ini berikutan kejayaan Projek Perlindungan Tebing Sungai Fasa 1 bernilai RM13.15 juta yang telah siap dilaksanakan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, situasi lebih baik dijangka berlaku apabila projek Fasa 2 dengan peruntukan RM31 juta mula dilaksanakan tahun ini. “Projek ini akan merangkumi pembinaan 500 meter tebatan tambahan yang akan bersambung dengan Fasa 1. Langkah ini dipercayai dapat mengurangkan impak banjir di kampung tersebut,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. “Operasi pemindahan dan bantuan diselaraskan oleh pelbagai agensi negeri dan persekutuan termasuk pihak berkuasa tempatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak. “Saya amat menghargai semangat kerjasama sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti MREC dan Baitumal serta syarikat swasta yang segera membantu menyediakan makanan, air minuman dan tilam kepada mangsa banjir,” katanya. Beliau turut merakamkan penghargaan atas lawatan dan sokongan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta pemimpin lain ke PPS berkenaan. Dr Sim menggesa penduduk supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir dan memanjatkan doa agar hujan berhenti, khususnya menjelang fenomena ‘king tide’ dalam beberapa hari akan datang. Berita selanjutnya di sini: https://suarasarawak.my/rantau-panjang-antara-kampung-terakhir-terjejas-banjir/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Kuching #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0Eg1zDKUcS4umtgQd8FMoPMJkv2wv4avGMtMtNtRodMiYnsdDAHhfPTqLP2yxEiGPl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews